HUAWEI MATE S LEBIH BERGAYA

Jika sebelum ini, ia haÂnya didatangkan dengan satu warna iaitu emas, Huawei menampilkan Mate S dengan gaya lebih menawan apabila membawakan emas ros yang mampu menarik perhatian wanita.
Mate S adalah model premium dengan skrin sebesar 5.5 inci serta badan aluminium sepenuhnya pada tahap 7.2mm saja.
Manakala skrin AMOLED di depan menggunakan kaca lengkung 2.5D Corning Gorilla Glass 4 serta beresolusi HD Penuh 1920 x 1080.
Ia dikuasakan pemprosesan Kirin 935 octa core dengan kelajuan terpantas 2.2GHz dipadankan RAM 3GB selain storan dalaman 64GB yang turut disertakan bersama slot kad mikroSD.
Telefon ini menggunakan kamera 13MP di belakang dan 8MP di depan.
SPESIFIKASI HUAWEI MATE S:
Harga: RM2,698
Dimensi: 149.8 x 75.3 x 7.2mm
Berat: 156g
Paparan: 5.5 inci AMOLED, ONCELL, FHD
Pemprosesan: Hisilicon Kirin 935, Octa core (4*2.2GHz + 4*1.5GHz), 64-bit
OS: Android 5.1 + EMUI 3.1
Memori: 64GB
RAM: 3GB
Bateri: 2700mAh
Kamera: 13MP, 8MP (depan)
Tiada ulasan: