Galaxy A14 5G Telefon Samsung 5G Mampu Milik

Samsung dikesan telah mula menawarkan Samsung Galaxy A14 5G. Ia adalah salah satu variasi kepada Galaxy A14 LTE yang telah kami laporkan pelancarannya pertengahan Mac 2022 lalu.


Pengedar sah Samsung seperti DirectD dan Vivid Concept masing-masing menyenaraikan telefon ini pada harga RM949. Ia RM150 lebih tinggi berbanding variasi LTE. Namun, ia tetap menjadikan Galaxy A14 5G telefon 5G Samsung termurah untuk tahun 2023 ini.


Sebagai perbandingan, harga pelancarannya lebih murah berbanding Samsung Galaxy A13 5G RM1,099 yang dilancarkan dalam bulan September 2022 lalu.

Spesifikasi Samsung Galaxy A14 5G

Samsung Galaxy A14 5G berkongsi sebahagian besar spesifikasi Galaxy A14 LTE yang kami telah laporkan pelancarannya tempoh hari. Perbezaan antara kedua-dua model ini adalah SoC versi 5G mengguna pakai Mediatek Dimensity 700 berbanding Exynos 850 pada versi 4G.


Lain-lain spesifikasi adalah sama. Anda beroleh telefon dengan panel paparan FHD+ sebesar 6.6”. Kemudian, kombinasi RAM dan storannya adalah 6 + 128GB.


Di bahagian pengimejan, anda temui konfigurasi trikamera belakang 50MP (utama), kamera makro 2MP dan kamera depth 2MP. Untuk perbandingan, kamera depth pada Galaxy A14 LTE adalah 5MP.



Selfie diambil menggunakan kamera 13MP.


Tangki bateri yang membekalkan tenaga kepada komponen elektronik telefon ini adalah yang berkapasiti 5,000mAh dan ada sistem pengecasan 15W.


Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.