MOTO X4 BERKUASA DAN MAMPU MILIK


Moto X4 menjadi telefon pintar yang mempunyai harga patut dan berkuasa dihasilkan yang terletak antara Moto Z2 Force dan Moto G5.

Ia mewarisi ciri kedua-dua model lama tadi seperti kamera dwilensa, kalis air, pengimbas cap jari dan reka bentuk yang sama.

Namun dalamannya sedikit berbeza apabila set cip Qualcomm Snapdragon 630 memang dikategorikan kelas pertengahan.

Terdapat sesuatu yang istimewa mengenai Moto X4 kerana ia tertumpu Android One dalam badan peranti ini.

Tidak lagi perlu dijelaskan lebih lanjut mengenai program Android One yang diperkenalkan Google kepada pengeluar.

Moto X4 menghadapi persaingan yang sengit pengeluar seperti OnePlus 5 dengan harga yang rendah dan juga telefon pintar Moto sendiri. Contohnya, Moto Z2 Play yang memperoleh manfaat daripada penggunaan MotoMods dan harganya tidak jauh berbeza.

Rekaan Moto X4 sedikit berbeza dengan lengkung di bahagian atas dan bawah, pengimbas cap jari berbentuk bujur di bahagian bawah skrin dan terdapat ‘bump’ kamera belakang yang besar sejajar dengan bahagian atas tengah peranti.

Skrin diapit oleh bezel manakala butang kuasa dan volum semuanya berada di sebelah kanan serta boleh dirasa secara fizikalnya.

Ia telefon pintar yang baik tetapi seperti banyak peranti pertengahan, tidaklah terlalu ‘cool’ untuk terlalu berbangga dengannya.


PAPARAN IPS.
Kekal dengan jek 3.5mm, Moto X4 dilindungi daripada air dan habuk dengan penarafan IP68 yang bererti boleh masuk air sedalam 1.5 meter untuk tempoh 30 minit.

Moto X4 mempunyai paparan 5.2 inci HD penuh yang sesuai dengan identiti pertengahannya.

Dengan begitu banyak telefon yang beralih ke paparan OLED termasuk harga Moto Z2 Play, sangat pelik apabila Moto X4 masih kekal dengan hanya paparan IPS.

Ciri Moto Display antara perisian dalaman yang boleh dikatakan segar memungkinkan anda berinteraksi dengan notifikasi dengan pantas jadi anda boleh membalas dengan cepat mesej teks dengan papan kekunci atau suara anda atau memainkan muzik, semuanya tanpa perlu membuka lock telefon.

Telefon ini menggunakan RAM 4GB, bagi penguji untuk bermain game seperti Mobile Legends, Knives Out dan sebagainya bukan masalah cuma skrinnya saja kurang menyerlah.

Penguji kurang mengagumi keupayaan dwikamera beroperasi pada 12MP+8MP yang mana kamera pertama datang dengan 1.4mikron piksel pada f2.0 yang turut mempunyai dwi autofokus dan mampu merakam video pada 1080p 60fps.

Bagi penguji, nampak biasa saja meskipun kita faham ia bukanlah ‘flagship’.

Kamera kedua 8MP pula mempunyai 1.12mikron piksel dengan f2.2 selain lensa sudut lebar 120 darjah. Apakah maknanya pada fotografi? Ia menghasilkan imej baik meskipun anda berada dalam ruang gelap serta kesan latar belakang lebih cantik.

Secara praktikalnya, bolehlah!

Pada bateri 3000mAh yang sepatutnya mampu bertahan sehari suntuk, ia memiliki cas pantas pada USB-C dengan pengimbas cap jari di depan.

Tapi pelik kerana penguji mengagumi Moto dek kerana jangka hayat baterinya panjang namun berbeza dengan model ini.


KEUPAYAAN dwikamera beroperasi pada 12MP+8MP.
MOTO X4

• HARGA: Antara RM1,714 hingga RM1,899

• PENGELUAR: Moto

• CIRI: Telefon peringkat pertengahan

• PRO: Kalis air

• KONTRA: Kamera, bateri

4 ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.