APPLE LANCAR PRODUK TERBARU MEREKA IAITU iPHONE 7


Apple memperkenalkan dua ahli keluarga terbaharu iPhone iaitu iPhone 7 dan iPhone 7 Plus di sini, awal pagi ini.

iPhone dilengkapi dengan pelbagai ciri baharu termasuk teknologi terbaharu kamera, kalis debu dan air serta beberapa ciri lain.

Satu kemudahan yang ‘dibuang’ Apple mungkin mengecewakan beberapa peminat mereka iaitu port ‘headphone jack’ yang mana memfokuskan kepada penggunaan port ‘lightning’ serta sambungan tanpa wayar.

“Sejak mula lagi kami mencipta port lightning ini untuk kegunaan sambungan audio yang berkualiti.

“Kami juga sertakan sambungan yang boleh digunakan dengan headphone jenis ‘jack’ 3.5 milimeter,” kata Naib Presiden Apple, Phil Schiller ketika majlis perlancaran tersebut.

Dalam pada itu, Apple turut mengumumkan Apple Watch Series 2 dan kerjasama mereka dengan Nike.

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.