BLACKBERRY MUNCUL DENGAN EDISI TERBARU


Bagi peminat gajet, pastinya mengenali peranti jenama Blackberry yang pernah satu ketika dahulu mendominasi pasaran telefon pintar, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

Semua ini sebelum populariti iPhone dan telefon pintar lain seperti Samsung dan lain-lain mengambil alih dominasi ini, membuatkan namanya mulai tenggelam.

Blackberry sebelum ini terkenal dengan sistem privasi dan keselamatan yang sukar diceroboh, terutamanya dalam program blackberry messanger yang tidak dapat diceroboh.

Ini telah dibuktikan sekian lama sebelum popularitinya merudum dengan kebolehan keselamatan Blackberry yang tidak boleh diceroboh, terutamanya data peribadi pemilik.

Dengan menggunakan slogan peranti android paling selamat di dunia, Blackberry DTEK50 mula dilancarkan pada Julai lalu dan mula dipasarkan di Malaysia pada bulan ini.

Menggunakan perisian Android 6.0 Mashmallow, ia hadir dengan skrin bersaiz 5.2 inci dengan cip pemprosesan Snapdragon 617 bagi memberikan kelahiran semula Blackberry di pasaran dunia.

Masih mengekalkan sokongan Blackberry Messanger (BBM) pada telefon ini beserta perisian lain seperti Blackberry Hub, Kalendar dan sebagainya yang asas.

Bagi fungsi kamera pula, ia menggunakan kamera bersaiz 13 megapiksel untuk kamera utama, manakala kamera hadapan menggunakan kuasa 8 megapiksel yang cukup untuk rakaman gambar yang diinginkan.

Apa yang menakjubkan mengenai telefon ini, ia berupaya mengesan pencerobohan dengan memantau keseluruhan keselamatan telefon dan memberi cadangan untuk meningkatkan ciri keselamatan.

Sebelum ini, Blackberry memperkenalkan Priv yang mempunyai ciri keselamatan yang sama, namun bagi DTEK50 ia didatangkan khas dengan fungsi skrin sesentuh sepenuhnya, manakala Priv bersama kekunci klasiknya.

Kemunculan semula Blackberry ini dengan sokongan Android diharapkan mampu membangkitkan semula aura yang pernah dibawanya dahulu ketika semua pengguna pernah memiliki Blackberry.

Perisian: Android 6.0 Mashmallow
Saiz Skrin: 5.2 inci dengan skrin sesentuh
Kamera hadapan:
8 megapiksel
Kamera belakang: 13 megapiksel
Aplikasi: Blackberry Messanger (BBM), Blackberry Hub dan Kalendar
Prosesan: Cip pemprosesan Snapdragon 617

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.