MONITOR LENGKUNG SAMSUNG QUANTUM DOT UNTUK KEPUASAN GAMER


Samsung memperkenalkan monitor permainan video lengkung pertama dengan teknologi Samsung Quantum Dot (QD), CFG70.

Teknologi itu menawarkan paparan visual yang lebih jelas dan terang sekali gus memberi pengalaman permainan video terbaik dengan nisbah kontras sehingga 3,000:1.

Selain itu, Samsung memperbaiki masa tindak balas bagi setiap gambar bergerak (moving-pictures) pada tempoh 1 milisaat bagi mengurangkan kekaburan.

Lebih menarik, monitor permainan video itu memiliki 125 peratus spektrum sRGB yang dapat menyerlahkan warna yang lebih tepat dan jelas.

Monitor permainan video CFG70 didatangkan dalam dua saiz, 24 inci dan 27 inci. Bagi saiz 24 inci, monitor ini dijual pada harga RM1,699 dan RM2,099 bagi saiz 27 inci.

Bagi 100 pembeli pertama yang membuat pembelian menerusi pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM264.

Pra-tempahan boleh dibuat menerusi portal membeli-belah Lazada mulai hari ini sehingga 26 Januari 2017.

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.