LEAGOO M5 BERTEKNOLOGI TINGGI DAN MAMPU MILIK


Anda mencari peranti pintar dengan spesifikasi tinggi tetapi pada harga mampu milik? Walaupun dunia semakin maju dengan penampilan pelbagai produk yang canggih, anda tidak perlu risau kerana masih ada syarikat komited menghasilkan telefon pintar pada harga berpatutan.

Kali ini, Leagoo tampil dengan model M5 yang dipertingkatkan untuk meningkatkan pengalaman penggunaan penggunanya, Leagoo M5 PLus.


Sebelum dilancarkan, M5 boleh dikatakan menjadikan buah mulut penduduk dunia kerana ia peranti pertama dengan rangka badan logam tahan lasak dijual pada harga hanya RM399.

Jangan terkejut, M5 Plus yang ditawarkan pada harga hanya RM549 ini turut hadir bersama ciri pengimbas cap jari yang berupaya untuk membuka telefon dalam masa 0.19 saat.

Secara kasarnya, kedua-dua peranti ini tidak memperlihatkan ciri yang jauh beza. Tetapi apa yang paling ketara dapat dilihat adalah saiznya apabila M5 Plus lebih besar dan berat pada ukuran 141.7 x 71.3 x 8.7mm dan 208 gram (g) berbanding M5 dengan berat 178.1g pada ukuran 141.7 x 71.3 x 8.7mm.

Meskipun mempunyai reka bentuk yang elegan dan eksklusif kerana hadir dengan warna emas dan hitam berkilauan, berat dan ketebalannya sedikit mengganggu, apatah lagi rata-rata pengguna sekarang lebih gemar peranti yang ringan dan nipis supaya mudah dipegang dan disimpan di mana-mana bahagian sempit.

M5 Plus direka dengan skrin 5.5 inci beresolusi 1280 x 78 piksel. Bukanlah skrin dengan resolusi tertinggi, tetapi ia mampu memaparkan kandungan dengan warna yang terang dan jelas.

Bagi yang gemarkan aktiviti lasak, anda sesuai digayakan dengan peranti ini kerana ia mempunyai ciri tahan lasak yang menakjubkan.

Dengan 70 peratus kekuatan dan tahap ketahanan, ciri ini dapat mengelakkan telefon retak jika jatuh daripada ketinggian yang tinggi.

Mengenai prestasinya pula, bersama pemprosesan Quad Core dan sistem operasi Freeme OS 6.0, peranti ini berupaya menjalankan lebih daripada satu aplikasi dalam satu masa yang sama, namun kadangkala ia boleh membuatkan telefon ‘hang’.

Mungkin Leagoo perlu memperbaiki prestasi peranti pintarnya agar pengguna dapat memanfaatkan penggunaan telefon dengan sebaiknya.

Begitu juga kamera. Walaupun diciptakan dengan kamera belakang 13MP bersama apertur f/2.2, M5 Plus tidak mampu menghasilkan gambar mengikut kapasiti kamera dan ini sedikit mengecewakan.

Bagaimanapun, M5 Plus bersedia menawarkan penggunaan dalam tempoh masa maksimum dengan bateri boleh tanggal, 2,500mAh.

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.