IPHONE 7 EDISI MERAH LEBIH GARANG!


LUPAKAN rose gold, kini telefon bimbit pintar iPhone 7 dan 7 Plus bakal muncul dengan edisi khas berwarna merah.

Bagi meraikan 10 tahun kerjasama bersama RED iaitu sebuah organisasi global yang membantu mencegah HIV dan AIDS, Apple mengumumkan edisi khas iPhone 7 dan iPhone 7 Plus (PRODUCT)RED.


Setiap pembelian iPhone (PRODUCT)RED akan disalurkan kepada Dana Global (RED) yang membekalkan program pencegahan, ujian, kaunseling dan rawatan HIV dan AIDS.

Warna merah ini merupakan warna paling menyerlah yang pernah dikeluarkan untuk mana-mana produk iPhone.

iPhone 7 dan 7 Plus terdiri daripada matte black, jet black, silver, gold, dan rose gold.

Setakat ini Dana Global ini telah meraih dana sebanyak AS$465 juta dan AS$130 juta sendiri daripada Apple.

iPhone (PRODUCT)RED ini akan mula dijual pada 24 Mac ini bermula dengan harga AS$749 (RM 3,319).

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.