KEHEBATAN FOTOGRAFI DENGAN KAMERA CANGGIH HUAWEI P10 PLUS


Selepas model P10, penguji meneruskan keterujaan mencuba ‘abang’ model terbabit iaitu P10 Plus berikutan kehebatan fotografi kamera fon yang semakin canggih.

Penguji membelek aplikasi Shopee dan berjaya membeli seunit Huawei P10 Plus pada harga yang sangat murah berbanding harga pasaran atau pusat beli-belah elektronik terkemuka.

Sekejap saja tempoh untuk model yang dipesan sampai di depan pintu jadi bolehlah penguji mencuba lensa Leica jenis Summilux-H f/1.8 OIS yang memasukkan lebih banyak cahaya. Ini bermakna gambarnya lebih cantik.

Ia lensa berbeza P10 yang datang dengan lensa Leica Summarit f/2.2 OIS namun sensor kedua-duanya sama iaitu monokrom 20MP dan warna RGB 12MP.

Untuk kamera depan pula, kedua-duanya mempunyai keupayaan lapan megapiksel jenis f/1.9 sama yang lengkap fokus automatik.

Cara menggunakan kamera ini untuk merakam foto yang cantik memang mudah. Apa yang perlu dilakukan hanyalah melancarkan aplikasi kamera kemudian klik saja butang shutter.

Tapi penguji ingin memberikan tip penting untuk merakam mod yang cantik terutama jika ia membabitkan subjek seperti manusia.

Ketika melancarkan aplikasi kamera, buka ikon yang mempunyai warna hijau, biru dan merah jambu dan klik pada ‘Vivid Colour’. Anda akan peroleh gambar yang cantik untuk mana-mana subjek dirakam.

Jika mahu merakam gambar subjek hidup seperti manusia atau kucing, aktifkan mod potret seperti dalam gambar dan anda boleh dapatkan foto subjek ditonjolkan di depan dengan latar belakang kabur iaitu kesan bokeh.

Bercakap soal saiz, P10 Plus mempunyai skrin 5.5 inci dengan resolusi tinggi WQHD 2560 x 1440 piksel.

Puas juga penguji menonton siri YouTube HD penuh melalui paparan skrin yang cantik itu.

Huawei P10 Plus yang saiznya besar juga sudah tentu datang dengan bateri besar berkapasiti 3750mAh dan lengkap Huawei SuperCharge untuk cas pantas.

Dalam masa dua jam atau kurang, anda sudah memperoleh bateri penuh untuk digunakan seharian.

P10 Plus mempunyai pemprosesan yang sama iaitu jenis Kirin 960 dan RAM 6GB dan memorinya menjangkau 128GB dan ditambah dengan storan microSD.

Adakah berbaloi membeli P10 Plus? Sudah pasti ya! Lebih-lebih lagi dengan aplikasi Shopee kerana penguji membelinya pada harga RM2,599 meskipun harga asal RM3,099.

Dapat diskaun sehingga RM500!

INFO

HUAWEI P10 PLUS

• PENGELUAR: Huawei

• LOKASI BELI: Aplikasi Shopee

• CIRI: Telefon flasgship dengan Leica

• PRO: Kamera memang hebat, warna vivid cantik

• KONTRA: Perlu pilihan aksesori

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.