SAMSUNG MALAYSIA BAKAL LANCAR GALAXY NOTE 8 MINGGU DEPAN


Minggu depan, Samsung Malaysia bakal melancarkan Galaxy Note8 secara rasmi dengan harga RM3,999.

Meskipun ramai yang mengatakan angka terbabit tinggi namun jika anda mahukan tahap efisien disambung bersama ciri multimedia yang hebat (maksud penulis bukan sekadar bermain Mobile Legends), ia pasti gajet pilihan 2017!

Jom kita lihat siri reviu secara eksklusif untuk Galaxy Note8 ini.

Penguji jelas mengenai apa yang anda peroleh dengan nilai terbabit. Pertama, keupayaan menulis menggunakan S-Pen pada permukaan skrin tanpa perlu mengaktifkan telefon.

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengeluarkan pen dari bahagian bawah telefon dan mula menaip di atas paparan berwarna hitam sehingga 100 muka surat. Setakat ini, penguji hanya mampu menaip sehingga 30 muka surat saja iaitu draf sebuah novel.

Lagipun, kalau anda kerap menjadikan tandas sebagai ‘pusat mengembangkan idea’ boleh menaipnya pada skrin kerana dalam keadaan basah sekalipun, ia masih beroperasi dan S-Pen masih boleh digunakan.

Fungsi S-Pen saja sudah banyak yang boleh diteroka. Screen Write misalnya membolehkan anda menulis di atas skrin.

Misalnya, jika anda sedang bekerja dan individu lain menghantar fail, anda boleh mengaktifkan S-Pen dan membetulkan kesalahan misalnya membulatkan teks atau gambar tertentu.

Ya, jika anda pemilik butik, pereka grafik, akauntan dan macam-macam jenis pekerjaan lain pun boleh memanfaatkan fungsi ini dengan hebat.

Kemudian, ada pula Smart Select. Pilih ikon ini selepas mengaktifkan S-Pen kemudian lakukan ‘cut and paste’ imej dan gabungkannya ke mana-mana gambar lain.

Misalnya, penguji memotong imej logo dan kemudian menampalnya ke atas slaid persembahan untuk tujuan kerja, lebih mudah berbanding membuka Photoshop atau menggunakan PowerPoint.

Apabila bercakap mengenai ‘sharpness’ S-Pen ini, ia memungkinkan anda melukis hingga ke butiran yang sangat jelas seakan apa anda pegang itu bukanlah S-Pen tapi pensil biasa dengan contengan di atas kertas.

Imejnya sangat terperinci dan peka.

Keluarkan S-Pen dan memo, lukis saja di permukaan dan garis digital akan keluar selari dengan pergerakan tangan anda.

Hanya dengan S-Pen saja, habis reviu ringkas setakat ini.

Penguji akan menyambung mengenai spesifikasi lain dalam siri reviu akan datang.

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.