HUAWEI MATE 10, MATE 10 PRO & PORCHE DESIGN MATE 10 MASUK PASARAN MALAYSIA DAHULU


Pada pandangan mata kasar anda, memandang sebuah telefon pintar mungkin biasa dan tidak tertarik dengan mana-mana spesifikasi biarpun ia kelihatan hebat di mata pengguna yang mementingkan ciri luar biasa pada peranti terbabit.

Pada anda, telefon pintar adalah telefon pintar dan ia tidak lebih daripada sekadar mesin yang membuat panggilan atau menerima WhatsApp.

Evolusi telefon pintar terlalu banyak tertumpu kepada pembangunan cip seperti pemprosesan, jumlah memori, rekaan dan sebagainya sehingga kadangkala anda berasakan ia bukan lagi sebuah peranti yang menepati cita rasa anda.

Telefon pintar memerlukan revolusi baru, mungkin tidak hanya fokus pada rekaan melengkung tetapi kemudahan lain yang membezakan satu jenama dengan jenama lain.

Oleh itu, langkah pengeluar seperti Huawei memperkenalkan tiga model, Huawei Mate 10, Mate 10 Pro dan Porche Design Mate 10 sememangnya menjadi titik pemula bagi evolusi baru kepada teknologi telefon pintar.

Bukan lagi berkisar mengenai antaramuka depan dan kamera semata-mata, ia kini set perkomputeran lengkap bersesuaian untuk semua golongan meskipun sasarannya mungkin golongan profesional saja.

Terdapat 10 ciri baru Mate 10 yang cukup membezakannya dengan telefon pintar lain di pasaran sehingga kita boleh menggelarkannya mesin masa depan. Antara yang diperhatikan termasuk:

CIRI pintar dalam siri Mate 10.

1. Ciri kecerdasan pintar (AI)

Terdapat beberapa ciri kecerdasan pintar (AI) yang mengoperasikan tiga model Mate 10 ini sehinggakan telefon terbabit seakan-akan robot sedang mengikuti anda.

Keperluan AI bukan saja tertumpu pada pemprosesan malah ia turut membabitkan perisian yang memudahkan kehidupan.

Misalnya, penggunaan AI dalam menterjemah bahasa sama ada melalui arahan suara atau teks yang 300 peratus lebih pantas berbanding telefon biasa selain boleh digunakan secara ‘online’ atau ‘offline’.

Sehingga kini 50 bahasa disokong termasuk bahasa Malaysia hasil kerjasama Huawei dan Microsoft.

Penggunaan terjemahan berdasarkan Google juga mampu diperoleh menggunakan AI nanti.

2. Mod PC

Terdapat model telefon yang memerlukan anda mempunyai dok khas bagi memuatkan telefon sebelum menyambungnya ke monitor.

Namun lain pula dengan Mate 10 yang boleh dijadikan CPU dan satu kabel sudah cukup untuk menyambungkan ke monitor dan menukarnya menjadi set PC baru.

Segala kerja boleh dipindahkan dengan pantas bersama kelengkapan kerja seperti pembentangan digital dan perkongsian fail.

Telefon pula boleh ditukar menjadi pad sentuh seakan-akan anda menggunakan pada tengah pada laptop sendiri.

Operasinya lancar dan tidak memerlukan pindah turun lain yang menyusahkan serta boleh membaca fail utama.


HUAWEI Mate 10 masuk Malaysia dulu.

3. Paparan tanpa sempadan

Banyak model telefon yang bersaiz besar namun ia sekadar ‘body’ saja apabila skrinnya pula tidak cukup puas.

Huawei Mate 10 Pro dan Porche Design Mate 10 mempunyai skrin 6 inci 2160 x 1080 piksel OLED HDR yang nisbah skrinnya 18:9 cukup lebar untuk menonton, dua skrin kerja dan bermain game.

Namun sebenarnya, skrin 6 inci terbabit dipasang pada saiz keseluruhan body 5.5 inci saja.

Mate 10 pun begitu dengan 5.9 inci jenis 2K (2560 x 1400 piksel) RGBW HDR pada nisbah skrin 16:9.

Jika mahu dibandingkan saiznya, Mate 10 Pro mempunyai rekaan panjang 154.2mm dan lebar 74.5mm namun skrin ditawarkan dengan skrin 6 inci serta 18:9 manakala iPhone 8 Plus pula pada saiz panjang 158.4m dan lebar 78.1mm namun ia hanya berskrin 5.5 inci (16:9).

4. Internet lebih laju

Terima kasih kepada ciri 4x4 MIMO, 256QAM serta 3CC CA iaitu aspek teknikal pada rangkaian, anda akan memperoleh telefon pintar 4.5G 1.2Gbps Cat.18 yang pertama di dunia.

Maksudnya? Ia memberi kelajuan data sehingga 1.2Gbps yang menyokong Internet laju. Kini terpulang pada syarikat telekomunikasi menawarkan Internet yang pantas.

HUAWEI Mate 10 Pro hebat.

5. Dua kad SIM, semua 4G

Kedua-dua model, Mate 10 dan Mate 10 Pro datang dengan dua slot kad SIM, agak biasa bagi telefon pintar bukan?

Tetapi, uniknya apabila kedua-dua slot menyokong rangkaian 2G, 3G dan 4G bermakna jika satu ‘line’ anda dipotong, guna saja slot kedua untuk menempatkan kad SIM prabayar.

Ia pertama kali diperkenalkan di dunia dengan ciri dwi 4G dwi VoLTE.

6. Takkan hilang isyarat GPS

Huawei Geo dalam semua model mempunyai sensor navigasi pelbagai berdasarkan GPS, WiFi, G-sensor dan Gyro.

Ia boleh mengekalkan posisi aplikasi berdasarkan GPS seperti Google Maps dan Waze meskipun tanpa isyarat, misalnya dalam terowong.

KUASA tinggi Huawei Mate 10 untuk profesional.

7. Bateri tahan lama

Pada penggunaan aktif, berapa lama agaknya bateri mampu bertahan, enam jam atau tujuh jam? Mengikut maklumat awal, Mate 10 mempunyai penambahbaikan bateri sebanyak 30 peratus berbanding Mate 9.

Bermakna, sekalipun anda pengguna aktif, ia masih bertahan sehari suntuk manakala penggunaan biasa pula selama dua hari.

Ia diproses secara AI pada bateri berkapasiti 4000mAh, pengurusan tenaga pintar dan pemprosesan rendah tenaga Kirin 970 membolehkan 22 jam main video, 22 jam pelayaran Internet, 25 jam panggilan berasaskan 3G atau 80 jam main muzik.

Untuk mengecas pula sudah pasti lebih pantas apabila mampu memperoleh 58 peratus bateri dalam tempoh 30 minit.

8. Kamera, perlu ke?

Perlukah kami bercakap soal kamera apabila ia membabitkan Huawei dan Leica? Dwilensa baru sememangnya hebat. Terdapat bukaan apertur jenis f1.6 yang pertama di dunia pada resolusi 12MP untuk RGB serta 20MP bagi monokrom.

Ia bermakna, anda boleh memperoleh gambar ‘depth of field’ yang cantik, foto terperinci, fotografi pada pencahayaan rendah serta imej tanpa kabur.

Setiap imej akan diproses secara AI apabila ia akan mengesan sehingga 13 jenis objek dirakam termasuk gambar binatang, manusia, makanan, teks, langit, pantai, mod malam, terbit matahari dan potret kemudian ‘mewarnakan’ imej secara asli serta nampak seakan-akan hidup.

Ciri AI Swafoto pula mengesan bokeh secara terperinci dan menghasilkan potret lebih baik meskipun terdapat lebih daripada seorang dalam imej.

PORCHE Design Mate 10.

9. Produktiviti

Skrin lebar 18:9 bagi Mate 10 Pro sudah cukup untuk membaca teks lebih jelas. Bayangkan anda boleh melintangkan fon dan ia akan memaparkan e-mel yang di sebelah kiri menunjukkan senarai e-mel manakala kanan pula mempertontonkan e-mel penuh.

Tidak cukup dengan itu, anda boleh lakukan pemecahan skrin kepada dua, mungkin satu untuk menonton video manakala satu lagi membalas teks rakan anda.

SENSOR pintar kesan subjek.

10. Huawei EasyTalk

Sistem mengesan suara ini membolehkan suara anda jelas kedengaran ketika membuat panggilan meskipun dalam keadaan berbisik.

Pengguna di Malaysia boleh menempah model terbaru Huawei Mate 10 pada harga RM2,699 dan mula dijual pada 28 Oktober ini manakala warna yang ditawarkan adalah coklat atau hitam.

Huawei Mate 10 Pro pula hanya akan diumumkan awal bulan depan.

Siri Mate 10 menggunakan penprosesan Kirin 970 dan EMUI 8.0. Mate 10 mempunyai RAM 4GB dengan storan 64GB manakala Mate Pro pula datang bersama RAM 6GB serta storan 128GB.

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.