PENGGUNA AKAN LEBIH SERONOK MENGGUNAKAN HUAWEI P20


Mencuba Huawei P20 adalah pengalaman paling menyeronokkan! Terdapat beberapa ciri kecerdasan pintar (AI) yang mengoperasikan model ini sehinggakan telefon terbabit seakan-akan robot sedang mengikuti anda.

Keperluan AI bukan saja tertumpu pada pemprosesan malah ia turut membabitkan perisian yang memudahkan kehidupan.

Misalnya, penggunaan AI dalam menterjemah bahasa sama ada melalui arahan suara atau teks yang 300 peratus lebih pantas berbanding telefon biasa selain boleh digunakan secara ‘online’ atau ‘offline’.

Terdapat model telefon yang memerlukan anda mempunyai dok khas bagi memuatkan telefon sebelum menyambungnya ke monitor.

Namun lain pula dengan P20 yang boleh dijadikan CPU dan satu kabel sudah cukup untuk menyambungkan ke monitor dan menukarnya menjadi set PC baru.

Segala kerja boleh dipindahkan dengan pantas bersama kelengkapan kerja seperti pembentangan digital dan perkongsian fail.

Telefon pula boleh ditukar menjadi pad sentuh seakan-akan anda menggunakan pada tengah pada laptop sendiri.

Operasinya lancar dan tidak memerlukan pindah turun lain yang menyusahkan serta boleh membaca fail utama.

Banyak model telefon yang bersaiz besar namun ia sekadar ‘body’ saja apabila skrinnya pula tidak cukup memuaskan.

Huawei P20 mempunyai skrin 5.8 inci 2244 x 1080 piksel FHD+ yang nisbah skrinnya 18.7:9 cukup lebar untuk menonton, dua skrin kerja dan bermain game.

Terima kasih kepada ciri 4x4 MIMO, 256QAM serta 3CC CA iaitu aspek teknikal pada rangkaian, anda akan memperoleh telefon pintar 4.5G 1.2Gbps Cat.18 yang pertama di dunia.

Maksudnya? Ia memberi kelajuan data sehingga 1.2Gbps yang menyokong Internet laju. Kini terpulang pada syarikat telekomunikasi menawarkan Internet yang pantas.

Model P20 datang dengan dua slot kad SIM, agak biasa bagi telefon pintar bukan? Tetapi, uniknya apabila kedua-dua slot menyokong rangkaian 2G, 3G dan 4G bermakna jika satu ‘line’ anda dipotong, guna saja slot kedua untuk menempatkan kad SIM prabayar.

Pada penggunaan aktif, berapa lama agaknya bateri mampu bertahan, enam jam atau tujuh jam? Pengalaman saya, ia mempunyai penambahbaikan bateri sebanyak 30 peratus berbanding model sebelum ini dan mampu bertahan dari 8 pagi hingga 9 malam.

Kenapa penguji tak ulas mengenai kamera? Tunggu reviu berikutnya.

HUAWEI P20

• PENGELUAR: Huawei

• CIRI: Telefon flagship

• PRO: Boleh jadi PC

• KONTRA: Perlu tambahan aksesori

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.