MAMPUKAH APPLE MEMUASKAN HATI PEMINAT iPHONE X VERSI BAHARU??


Baru-baru ini, Apple melancarkan tiga iPhone model iPhone XS, XS Max dan XR (disebut iPhone 10S, 10S Max dan 10R) yang mempunyai keunikan warna dengan saiz berbeza.

iPhone XS dan XS Max dibezakan dengan saiz mempunyai rekaan bucu-ke-bucu yang minimum dan lasak berdasarkan ciri IP68 mampu masuk air sedalam dua meter selama 30 minit.

Berdasarkan warna kelabu dan emas, ia dikuasakan pemprosesan baru, A12 Bionic dengan cip 7nm dan 6.9 bilion transistor. Selain itu, ia lengkap enam core CPU dan empat core GPU yang menyediakan prestasi dua kali lebih baik berbanding iPhone dulu.

Model iPhone XS bersaiz 5.8 inci manakala iPhone XS Max pula 6.5 inci.

Ia menggunakan teknologi kamera inframerah dengan rangkaian ‘neural’ manakala data tidak akan disimpan di sistem pelayan.

Model iPhone XS dan XS Max juga ditawarkan pada storan sehingga 64GB, 256GB atau 512GB menggunakan paparan OLED yang menyokong HDR dalam Dolby Vision serta HDR10.

Kamera depan beresolusi 7 megapiksel manakala dwikamera utama beresolusi 12 megapiksel kedua-duanya.

Buat pertama kali, iPhone dibekalkan dengan dua slot kad SIM bagi model XS dan XS Max.

Satu lagi model iPhone XR datang dengan warna biru, merah, kuning, putih, emas dan hitam.

iPhone XR datang dengan IP67 dikuasakan A12 Bionic bersama paparan 6.1 inci dengan Liquid Retina (paparan jenis LCD).

Kamera depan beresolusi 7 megapiksel manakala kamera utama 12 megapiksel f/1.8 menjadikan imej lebih cantik.

iPhone baru boleh merakam video dengan audio stereo.

DUA iPhone XS dan XS Max ada perubahan.

Bagi pengguna yang baru berniat membeli iPhone atau pemakai peranti model lama, persoalan yang dibangkitkan semestinya adakah berbaloi untuk mendapatkan satu daripada tiga model telefon pintar ini?

Jika anda melihat keupayaan cip pemprosesan A12 Bionic yang dikatakan Apple sebagai cip paling pintar dan berkuasa di dunia, kemungkinan besar anda mahu mendapatkannya ditambah sistem operasi baru iOS yang kemas.

A12 Bionic mempunyai prestasi 15 peratus lebih baik bersama empat core berbanding A11 Bionc yang datang dengan dua core yang turut mempunyai 50 peratus tenaga lebih rendah.

Ia bermakna iPhone XS, XS Max dan XR mempunyai pembaharuan bateri lebih baik meskipun ia mengoperasikan game berkuasa tinggi dan berbentuk realiti terimbuh (AR)

Dari aspek kamera pula, ia mempunyai sistem baru dengan flash True Tone dan aperture lensa lebih pantas melalui lensa 12 megapiksel sudut lebar dan satu lagi lensa telefoto dengan jumlah megapiksel sama.

Satu lagi ciri kamera yang mencuri tumpuan melalui keupayaan anda menetapkan atau mengubah sendiri kawalan bokeh dan ‘depth’ selepas anda merakam gambar.

ANTARAMUKA dengan iOS 12.

Tapi jika ada satu lagi sebab mengapa anda perlu tukar kepada iPhone baru adalah model besar iPhone XS Max yang bersaiz 6.5 inci terbabit.

Bersama model baru ini, anda memperoleh resolusi skrin 2688 x 1242 yang bermakna 458 piksel-seinci membenarkan sokongan kepada aplikasi berbentuk landskap termasuk dua kolum aplikasi seperti mesej.

iPhone XS Max juga mempunyai jangka hayat bateri 90 minit lebih lama berbanding iPhone X manakala iPhone XS pula 30 minit lebih lama.

Apple iPhone XS dan XS Max mula ditempah pada 21 September ini untuk negara fasa pertama saja manakala iPhone XR bermula 17 Oktober namun Malaysia bukan negara fasa pertama yang menerimanya.

Harga iPhone baru bermula kira-kira RM3,699.


Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.