PEMILIK TELEFON PINTAR KUASA ANDROID TAK SABAR KEMUNCULAN ANDROID BAHARU VERSI PIE


Versi Android terbaru! Ia didatangkan dengan bantuan kecerdasan buatan (AI) bersepadu untuk menjadikan telefon anda lebih pintar, mudah dan sesuai untuk kerja harian.

Melalui Android 9 Pie, Android membangunkan mesin yang belajar daripada pengguna dan berfungsi lebih baik apabila ia mula memahami anda selepas kerap menggunakannya.

Ia termasuk meramalkan tugasan yang mahu dilakukan, jadi pengguna mampu terus bertindak, mengutamakan kuasa bateri untuk aplikasi yang paling kerap digunakan sehingga membantu berhenti menggunakan telefon sendiri apabila sudah terlalu kerap dalam genggaman.

Android 9 direka untuk menjadikan telefon anda lebih pintar dengan mempelajari dan menyesuaikan diri kepada corak penggunaan.

Itulah sebabnya mengapa Android 9 dilengkapi dengan ciri seperti bateri mudah suai (adaptive battery) yang mempelajari aplikasi paling kerap digunakan dan mengutamakan kuasa bateri untuk aplikasi terbabit dan kecerahan mudah suai (adaptive brightness) yang mempelajari penetapan kecerahan kegemaran pengguna ketika situasi berbeza.

Bagi Android 9 membantu melakukan sesuatu dengan lebih pantas menggunakan tindakan aplikasi (App Actions) meramalkan apa anda mahu lakukan seterusnya berdasarkan konteks dan memaparkan tindakan terbabit terus kepada telefon.

Katakan anda sedang bersedia untuk perjalanan ke tempat kerja anda pada pagi Selasa: anda akan menerima cadangan tindakan seperti memandu ke tempat kerja menggunakan Google Maps atau sambung mendengar buku audio menggunakan Google Play Books.

Apabila anda memasangkan fon kepala selepas waktu kerja, anda mungkin akan melihat pilihan untuk menghubungi ibu misalnya atau memulakan senarai main Spotify kegemaran.

Pada musim luruh akan datang, Google juga akan melancarkan Slices yang memaparkan maklumat relevan daripada aplikasi kegemaran anda apabila memerlukannya.

Jika mula menaip ‘Lyft’ di Google Search, anda akan melihat ‘potongan’ aplikasi Lyft yang menunjukkan harga perjalanan pulang ke rumah dan anggaran masa ketibaan untuk seseorang pemandu supaya anda boleh mengambil tindakan dengan lebih cepat dan mudah.

Ia penting untuk menjadikan telefon lebih pintar dan bersesuaian tapi Google juga mahu menjadikan Android lebih mudah untuk digunakan.

[[gn4id:9182819]]

Dalam Android 9, Google memperkenalkan navigasi sistem baru yang mengetengahkan sebuah butang Home.

Ia berguna kerana telefon pintar masa kini semakin besar sekali gus menjadi lebih sukar untuk melakukan sesuatu pada telefon dengan satu tangan.

Dengan butang Home yang ringkas, anda boleh meleret ke atas untuk melihat gambaran keseluruhan (Overview) yang baru.

Ia tempat yang anda boleh melihat pratonton skrin penuh aplikasi yang anda gunakan baru-baru ini, hanya dengan sekali pandang.

Leret ke atas dari mana-mana untuk melihat pratonton skrin penuh bagi aplikasi yang baru digunakan.

Menukar cara pengemudian telefon satu perkara besar tapi perubahan kecil boleh membuat perbezaan besar juga.

Android P turut didatangkan dengan Tetapan Pantas yang direka semula dan cara yang lebih baik untuk mengambil dan menyunting rakaman skrin (screenshot), kawalan kelantangan suara yang ringkas, cara untuk mengurus pemberitahuan dengan lebih mudah dan banyak lagi.

Walaupun banyak masa yang kita luangkan pada telefon adalah berguna, ramai di antara kita yang mahu berehat daripada penggunaan telefon dengan lebih mudah dan membebaskan masa untuk perkara lain.

Sebenarnya, lebih 70 peratus pengguna yang ditinjau Google dalam penyelidikan mahukan lebih banyak bantuan mengenai isu ini.

Jadi, Google berusaha untuk menambah keupayaan utama terus ke Android untuk membantu pengguna mencapai keseimbangan dengan teknologi yang kerap digunakan mereka.

Di Google I/O pada bulan Mei, Google berkongsi beberapa ciri kesejahteraan digital ini untuk Android termasuk papan pemuka (Dashboard) baru yang membantu memahami penggunaan peranti anda, pemasa aplikasi (App Timer) yang membolehkan anda menetapkan had masa pada aplikasi.

Mod jangan ganggu (Do Not Disturb) baru melenyapkan semua gangguan visual yang muncul di skrin anda dan berehat (Wind Down) yang mengaktifkan Lampu Malam dan Jangan Ganggu kemudiannya memudarkan skrin ke warna kelabu sebelum waktu tidur.

Kesejahteraan digital (Digital Wellbeing) akan dilancarkan secara rasminya menerusi telefon Pixel pada musim luruh ini diikuti dengan Android One dan peranti lain pada hujung tahun ini.

Tetapi ciri terbabit boleh didapati dalam versi beta sekarang untuk telefon Pixel yang menggunakan Android 9.

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.