RESOLUSI KAMERA HUAWEI MATE 20, MATE 20 PRO DAN MATE 20 X LEBIH UNGGUL


HUAWEI melancarkan tiga telefon iaitu Huawei Mate 20, Mate 20 Pro dan Mate 20 X dengan tiga kamera yang mana satu daripada lensanya beresolusi 40 megapiksel.

Huawei Mate 20 datang dengan tiga lensa beresolusi 16MP+12MP+8MP manakala Mate 20 Pro pula dengan resolusi 40MP+20MP+8MP.

Bagi telefon yang dikategorikan phablet permainan, Huawei Mate20 X mempunyai lensa beresolusi 40MP.

Kamera depan pula 24MP dengan keupayaan gambar swafoto lebih tepat.

Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro mempunyai sensitiviti ISO tinggi sementara itu gambar makro sehingga 2.5sm secara dekat.

Telefon ini juga berupaya menjadikan Internet lebih laju dengan sambungan 4.5G dengan kuasa antena 120 peratus lebih baik berbanding iPhone XS Max.

Turut laju, sambungan WiFi dan kemampuan GPS pantas mengesan isyarat.

Mate 20 mempunyai skrin HDR 6.53 inci 1080 piksel manakala Mate 20 Pro pula skrin 6.39 inci 2K OLED.

Mate 20 Pro lengkap ciri IP68 dan Mate 20 pula IP53.

Terdapat warna hijau, biru, hitam, merah jambu emas dan Twilight untuk dipilih dengan bateri Mate Pro 20, 4200mAh manakala Mate 20 pula 4000mAh.

Sementara itu, cas tanpa wayar 15W mengecas pantas.

Phablet game Huawe Mate20 X pula mempunyai skrin 7.2 inci jenis FHD+ 2244 x 10880 OLED.

Bersama nisbah skrin ke badan 87.83 peratus, ia menjadikan skrin telefon ini sangat luas.

Huawei Mate20 X mempunyai kapasiti bateri 5000mAh dan lengkap sistem penyejukan Huawei SuperCool Vapor Chamber & Graphene Film pertama di dunia.

Turut ditawarkan, gamepad dengan konsol mudah alih bagi permainan.

Huawei Mate20 X mempunyai tiga kamera yang semuanya beresolusi 40MP dengan kalis percikan air serta debu IP53.

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.