NOKiA BUAT COMEBACK!


SUATU ketika dulu, jenama telefon bimbit, Nokia tidak mampu ditandingi mana-mana jenama lain dan ia menjadi kegilaan malah penggunanya akan berasakan prestij tatkala memegang serta menggunakannya.

Bagaimanapun, zaman itu cepat berlalu dan penulis sempat menggunakan Nokia model 3310 yang menjadi sebahagian daripada sejarah evolusi telefon kini.

Sejak kemunculan sistem operasi Android dan dominasi Apple menerusi iOS, Nokia yang sebelum ini menggunakan Symbian seakan-akan hilang arah dan kini cuba melakukan kemunculan semula.

Menerusi telefon pintar Nokia 3.1 Plus yang diklasifikasikan sebagai kelas permulaan (entry level), ia suatu peranti yang baik walaupun memiliki beberapa kekurangan.

Secara asasnya, penulis agak teruja tatkala memegang telefon pintar keluaran Nokia ini kerana syarikat itu masih mengekalkan logo sama sedekad lalu iaitu tangan yang menghubungkan (connecting people).

Nokia 3.1 Plus ini dijual pada harga RM625 dan menggunakan pemproses Mediatek MT6762 Helio P22 serta sokongan memori untuk dua varian iaitu 2GB dan 3GB.

Storan untuk model Nokia ini mempunyai pilihan 16GB atau 32GB dan penulis berasakan ia satu kapasiti yang rendah jika mengambil kira saiz fail kebanyakan pengguna hari ini.

Pemproses Mediatek ini kurang dikenali tidak seperti Qualcomm mahupun Exynos yang digunakan di dalam peranti kelas mercu atau atasan kerana memberikan prestasi lebih baik selain penjimatan bateri.

Bagi peranti yang boleh dibeli pada harga RM650 ke bawah, Nokia 3.1 Plus cuba mengukuhkan model itu dengan kamera dua lensa dan skrin paparan bersaiz enam inci.

Untuk peringkat awal, penulis berpendapat Nokia memberikan peranti yang bagus bagi kelas permulaan, namun jika anda cenderung memuat turun permainan dalam peranti ini, ia mungkin bermasalah kerana kapasiti memorinya tidak begitu banyak bagi melaksanakan aplikasi yang besar.

Bagaimanapun, jika menggunakan aplikasi WhatsApp, membuat panggilan dan mengambil gambar, peranti ini boleh melakukan semua tugasan itu dengan baik.

Kamera dua lensa Nokia ini mampu beroperasi dengan baik jika mendapat pencahayaan yang mencukupi namun akan wujud masalah jika pengguna mahu mengambil gambar dalam keadaan gelap.

Peranti ini turut dilengkapi bateri 3,500 mAh dan ia satu kapasiti yang sangat mencukupi untuk kekal bertahan seharian malah mungkin jangka hayat bateri berkenaan mampu kekal lebih lama.

Secara keseluruhannya, Nokia 3.1 Plus bukanlah suatu peranti yang tidak berbaloi malah Nokia cuba untuk melakukan penampilan semula dengan melancarkan beberapa peranti dalam kelas masing-masing.

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.