iPHONE SE VERSI 2020 SUDAH ADA DI PASARAN?
Apple melancarkan versi baharu iPhone SE sebentar tadi sejak model berkenaan diperkenalkan pada 2016 dengan padanan spesifikasi yang jauh lebih baik.
Peranti berkenaan menggunakan pemproses Apple Bionic A13 yang turut diguna pakai oleh siri iPhone 11 yang diperkenalkan tahun lalu.
Menyentuh aspek spesifikasi, peranti berkenaan dilengkapi skrin berkeluasan 4.7 inci dengan padanan panel paparan teknologi LCD Retina.
Apple kali ini menawarkan tiga variasi iPhone SE bermula daripada kapasiti 64GB, 128GB dan 256GB mengikut kesesuaian pengguna.
Bagi tetapan kamera pula, Apple menaik taraf sistem lensa dengan kamera utama keupayaan 12 Megapiksel (MP) dan lensa depan 7MP.
Peranti ini turut mengekalkan penggunaan ‘butang kembali’ (Home Button) dengan pengimbas cap jari ‘Touch ID’ sekali gus mengekalkan tahap keselamatan peranti.
Peranti iPhone SE 2020 ini mempunyai sokongan Haptic Feedback, dilengkapi dengan perlindungan kalis air IP67 dan sokongan teknologi paparan video HDR10.
Bagaimanapun, Apple merahsiakan spesifikasi bateri dan memori (RAM) yang digunakan untuk peranti berkenaan namun menyatakan bahawa ia setanding dengan ketahanan bateri iPhone 8.
Pengguna juga boleh melakukan pengecasan tanpa wayar untuk model berkenaan kerana ia turut menyokong ‘Qi Wireless Charging’.
Tanda harga untuk iPhone SE 2020 bagi pasaran tempatan adalah RM1,999 bagi model kapasiti memori 64GB dan RM2,699 untuk model 256GB.
Warna yang ditawarkan adalah hitam, putih dan merah manakala pengguna boleh melakukan pra tempahan bermula Jumaat ini dan akan menerima peranti berkenaan bermula 24 April.
Versi baharu iPhone SE ini juga berkeupayaan untuk merakam video dalam resolusi 4K pada 60 bingkai sesaat dan ia dilengkapi dengan teknologi penstabilan untuk memberi kualiti video mengagumkan.
Pengguna juga boleh melakukan penyuntingan video hanya menerusi peranti mereka dan ia dilengkapi dengan pelbagai ciri baharu berbanding versi sebelumnya.
Spesifikasi
Pemproses : Apple Bionic A13
Storan : 64GB / 128GB / 256GB
Kamera utama : 12MP
Kamera depan : 7MP
Sokongan : Pengecas tanpa wayar / Sambungan WiFi 6 / Perlindungan IP67
Tiada ulasan: