XIOAMI PERKENAL REDMI A10 MURAH DAN MAMPU MILIK


Sebelum ini, Xioami telah memperkenal beberapa telefon pintar pada harga sangat mampu milik. Antaranya Redmi 10 dari RM649 dan Redmi 10C dari RM559.

Kini mereka mengumumkan telefon pintar terbaru mereka dan paling murah, Redmi 10A ke pasaran Malaysia. Model ini menggantikan tempat Redmi 9A yang dilancarkan pada Jun 2020.

Telefon termurah Xiaomi ini telah mula dijual di Xiaomi Store di seluruh Malaysia pada harga:

Redmi 10A (RAM 3GB + Storan 64GB) – RM479

Redmi 10A (RAM 4GB + Storan 128GB) – RM549

Spesifikasi Redmi 10A

Prestasi yang agak mencukupi dapat dilihat pada Redmi 10A kerana ia menggunakan cip Mediatek Helio G25 12nm, bersama RAM sehingga 4GB dan storan dalaman sehingga 128GB. Kad mikroSD diterima untuk menambah storan.

Xiaomi mengenakan skrin LCD seluas 6.53-inci di hadapan, dengan resolusi hanya HD+ (1600×720). Skrin ini bertakuk kecil di dahi, memuatkan kamera hadapan 5MP. Di belakang, ia hanya ada 1 kamera 13MP.

Bateri di dalam Redmi 10A berkapasiti 5,000mAh dan ia masih mengecas menggunakan sambungan mikroUSB dengan tenaga sehingga 10W. Speakernya mono dan ia masih ada jek audio. Terdapat juga pengimbas capjari di belakang.

Redmi 10A menjalankan sistem pperasi MIUI 12.5 berasaskan Android 11. Terdapat tiga warna ditawarkan untuk Redmi 10A iaitu kelabu, biru dan perak.

[Sumber: Xiaomi]

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.