SAMSUNG MALAYSIA LANCAR GALAXY S7 EDGE VERSI MERAH JAMBU EMAS


Samsung Malaysia Electronics (Samsung Malaysia) melancarkan edisi baharu Galaxy S7 Edge yang menampilkan rekaan dengan warna merah jambu keemasan (Pink Gold).

Naib Presiden Unit Perniagaan Mudah Alih & IT Samsung Malaysia, Lee Jui Siang berkata, edisi baharu tersebut diperkenalkan selepas model berkenaan menerima sambutan yang sangat menggalakkan.

Katanya, Samsung akan terus mengeluarkan produk-produk inovatif dan berani dalam kelasnya yang tersendiri.

“Selain fungsi dan ciri-ciri telefon, pilihan warna juga memainkan peranan penting dalam membuat keputusan untuk sebarang pembelian.

“Dengan pengenalan Galaxy S7 Edge edisi merah jambu ke­emasan ini, kami menawarkan penampilan yang lebih ‘lembut’ bagi model ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, dengan warna yang bergemerlapan dan berkilauan seolah-olah diterangi dari dalam permukaan kaca, campuran warna merah jambu dan emas menyerlahkan lagi keanggunan dan kemewahan Galaxy S7 Edge.

“Skim warna merah jambu keemasan dipilih bagi menggabungkan sentuhan kelembutan, seri, dan kecanggihan bentuk telefon pintar ini dan ia buka sekadar pilihan warna malah merupakan eks­presi personaliti dan gaya hidup penggunanya,” katanya.

Galaxy S7 Edge merah jambu keemasan tersebut boleh didapati bermula 27 Mei 2016 pada harga RM3,099 dan model tersebut juga boleh didapati dalam warna-warna pilihan hitam Onyx, emas platinum dan titanium perak.

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.