FLASH PLUS 2 LEBIH BERKUASA DAN MAMPU MILIK


Flash Plus 2, telefon pintar pertama keluaran Flash selepas menjadi sebuah jenama berasingan kini boleh didapati di pasaran Malaysia dengan harga RM599 setelah dilancarkan di China minggu lalu.

Telefon pintar ini mempunyai skrin bersaiz 5.5 inci dengan paparan 1080p, dijana menggunakan cip pemprosesan MediaTek Helio P10. Untuk pasaran Malaysia ia hadir dengan memori 2GB RAM dan ruangan storan 16GB. Pengguna boleh meningkatkan storan sehingga 128GB menggunakan mikro­SD.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 13 megapixel dan kamera hadapan 5 megapixel. Flash Plus 2 turut menyertakan lampu LED pada kamera hadapan bagi membolehkan pengguna merakamkan gambar selfie dengan terang walaupun dalam keadaan malap.

Pada bahagian hadapan peranti ini juga hadir sama adalah pengimbas cap jari. Pengimbas cap jari bukan sahaja sekadar untuk nyahkunci peranti, tetapi boleh digunakan untuk Private Folder pada peranti ini.

Flash Plus 2 turut menyertakan sokongan audio Hi­Fi yang baik dan pada bahagian bateri, ia menyertakan bateri berkapasiti 3000mAh yang hadir dengan sokongan pengecasan pantas.

Pengguna boleh mengecas peranti sehingga 50 peratus dalam masa 30 minit. Di Malaysia, Flash Plus 2 berharga RM599. Jualan pertama akan dibuka pada 31 Mei ini.

Peranti ini dijual pada harga RM599 dan boleh ditempah secara eksklusif melalui laman sesawang www.Lazada.co.my.

Penghantaran tempahan akan dimulakan pada 31 Mei ini. Varian 3GB akan mula dijual awal Jun ini pada harga RM799. Sebanyak dua warna disediakan untuk pengguna iaitu perak dan emas.

Untuk telefon yang berharga kurang daripada RM600, peranti ini memiliki kuasa yang agak tinggi. Berbanding peranti lain menggunakan pemproses serupa, ia jauh lebih murah. Pada bahagian kad SIM, dua slot disediakan untuk diisi. Yang menariknya, kedua-­duanya boleh berhubung pada rangkaian LTE yang disediakan bersama­ satu slot kad mikro SD.

Sungguhpun begitu, untuk sebuah peranti bajet, ia memiliki pelbagai ciri menarik yang hanya boleh dinikmati pada peranti pertengahan dan premium. Ia menjalankan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow. Selain itu, terdapat juga pengesan cap jari dan flash LED untuk kamera sekunder.

Satu lagi ciri yang diangkat oleh Flash pada peranti ini adalah fungsi pengecasan pantasnya. Pada pengecas 9V, peranti ini terdapat satu litar bersepadu (IC) keluaran Texas Instrument.

Ia boleh menyalurkan aurs sehingga 2A secara malar tanpa memanaskan peranti dengan bantuan algoritma khas yang ada pada IC itu. Hasilnya, Flash Plus 2 boleh dicas sepantas 1.7 peratus setiap minit.

Pelbagai fungsi boleh dijalankan oleh sensor cap jari yang terletak pada bahagian hadapan peranti itu. Misalnya, pengguna boleh menetapkan jari tertentu untuk melancarkan sesuatu aplikasi. Jika tidak mahukan sesuatu folder diakses oleh orang lain, satu folder peribadi boleh diwujudkan yang hanya boleh diakses menggunakan cap jari tuan punya peranti.

Dengan kamera 13MP dan apertur 2.0. Autofokus PDAF, ia adalah sesuatu yang unik pada peranti sebajet ini. Kamera selfie pula sebesar 5MP di sebelah flash LED. Apabila mengesan isyarat V, ia akan terus menangkap gambar.

Flash Plus 2:
*1.8GHz MediaTek MT6755 prosesan octa­core
*2GB RAM
*5.5­ inci paparan penuh HD OGS, resolusi 1920 x 1080
*Storan dalaman 16GB, slot microSD
*13­megapixel kamera belakang bersama f/2.0 aperture, PDAF dan dual LED flash
*5 ­megapixel kamera hadapan bersama LED flash
*Dual SIM
*3G, LTE
*WiFi, Bluetooth, GPS, GLONASS, pengimbas cap jari, audio HiFi
*Bateri berkapasiti 3000mAh
*Android 6.0 Marshmallow

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.