ZTE KELUAR DUA VARIASI BLADE V7


Persaingan telefon pintar bukan sahaja dikuasai oleh syarikat dari Korea Selatan, Samsung tetapi juga China tidak terkecuali apabila beberapa syarikat negara tembok besar itu mengeluarkan pelbagai peranti baharu yang dilancarkan tahun ini.

Antara jenama popular dari China di negara ini ialah Xiaomi dengan Mi Max, Huawei pula dengan Honor V8 dan yang terbaharu ZTE dengan Blade V7.

Ini menunjukkan bahawa jenama dari China semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna apabila mereka berani menawarkan pelbagai teknologi terkini dengan harga jauh lebih murah berbanding jenama keluaran Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Minggu lalu, ZTE menampilkan dua variasi terbaharu di bawah model Blade V7 iaitu V7 Lite dan V7 Max yang merupakan dua peranti disasarkan untuk mereka mempunyai bajet yang rendah.

Walaupun dengan harga lebih rendah, namun ZTE langsung tidak mahu mengurangkan prestasi peranti ini dengan menggunakan saluran 4G LTE sebagai medium utama untuk capaian kelajuan.

Bukan itu sahaja bagi Blade V7 Lite, tampil dengan dual kad sim dan dijanakan dengan kuasa pemprosesan 1.3Ghz quad-core MediaTek MTK6735P berserta 2GB RAM dan menggunakan platform Android 6.0.

Selain itu, V7 Lite ini juga mempunyai pelbagai aksesori menarik seperti reka bentuk nipis dari kemasan keluli bersama ciri imbasan cap jari bagi meningkatkan ciri keselamatan yang baik.

Paparan skrin lima inci beresolusi penuh 720x1280 piksel memberikan kepuasan untuk pengguna bagi menonton video mahupun bermain permainan video, ditambah pula dengan storan sebanyak 16GB yang dibekalkan.

Lebih menarik, bagi model Lite ini walaupun kebiasaannya spesifikasi dikurangkan, namun ia dilihat seperti tampil dengan spesifikasi penuh berbanding telefon pintar lain di pasaran.

Apatah lagi dengan kamera utamanya yang menggunakan 13 megapiksel yang tajam dan terang serta kamera hadapan dengan kuasa lapan megapiksel berserta dual flash yang membantu mengambil gambar selfie dengan lebih baik.

Ternyata, ZTE Blade Lite bukan menawarkan telefon pintar biasa tetapi lebih daripada itu, dengan pelbagai ciri-ciri terbaik dibekalkan bagi membolehkan pengguna menikmati peranti berteknologi tinggi tetapi dengan harga lebih rendah.

Ia ditawarkan pada harga RM699 yang mula dijual 16 Mei lalu di seluruh negara, namun berita baik apabila ia akan ditawarkan dengan harga promosi lebih rendah iaitu RM499 bagi tempoh masa yang ditetapkan.

Sementara itu, ZTE turut sama melancarkan versi ciri dipertingkat pada model Blade V7 yang diberi nama V7 Max dengan pelbagai fungsi lebih menarik, selain beberapa ciri yang dipertingkatkan.

Bagi model ini, ia ditawarkan dengan paparan skrin lebih besar iaitu 5.5 inci beresolusi 1920x1080 piksel serta mengetengahkan rekaan badan keluli penuh dengan hanya setebal 7.2mm.

Menggunakan pemprosesan 1.8Ghz octa-core MediaTek MT6755M processor pastinya cukup untuk menandingi jenama besar di pasaran, selain memberikan kelajuan setinggi 3GB RAM serta storan memori sebanyak 32GB.

Ciri keselamatan yang sama bagi model Lite turut dibekalkan pada model Max ini iaitu menggunakan imbasan cap jari selain kamera utama dengan kekuatan 16 megapiksel yang pastinya memberikan gambar yang lebih jitu.

Bagi V7 Max pula ia ditawarkan dengan harga RM999.

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.