HTC KEMBALI DENGAN MODEL BAHARU VERSI 5G??


HTC, sebuah jenama yang terdahulunya pernah mendominasi pasaran telefon pintar mungkin akan melancar telefon terbaharunya. Beberapa keping gambar dan butiran spesifikasi telah timbul atas talian, mendedahkan model yang bakal dilancarkan mungkin dinamakan HTC U23 Pro 5G.


Mengikut laporan, ia menunjukkan HTC U23 Pro 5G mendukung tiga nombor model iaitu 2QC9200, 2QC9100, dan 2QCB100. Bahagian dalamannya akan dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 7 Gen 1 dengan gandingan RAM 8GB dan storan 256GB. Memberi tenaga pada telefon adalah bateri berkapasiti 4,600mAh melalui USB-C dan terdapat sokongan pengecasan wayarles.


Maklumat paparan bagaimanapun masih tandus. Tapi HTC U23 Pro 5G dikatakan akan mengguna pakai paparan AMOLED. Seperti yang terlihat di dalam gambar, HTC memuatkan empat kamera di bahagian belakang telefon ini. Hanya maklumat kamera utama yang didedahkan. Ia mempunyai piksel sebesar 108MP dan terdapat teknologi penstabilan imej optikal (OIS).


Selain itu, sumber mengatakan panel belakang dan bingkai tengah diperbuat daripada bahan plastik. Pengimbas cap jari terdapat di dalam butang kuasa. Jadi jelas menunjukkan bahawa telefon terbaru dari HTC ini adalah sebuah telefon dalam kelas pertengahan.


Namun begitu, nampaknya unit yang ditunjukkan masih dalam peringkat awal dan masih tiada kepastian sama ada ia akan dilancar secara meluas di kebanyakan pasaran. Jika ia dilancar, adakah ini telefon yang akan menghidupkan kembali nama HTC di pentas telefon pintar?


Untuk pengetahuan semua, kali terakhir telefon pintar HTC dilancarkan secara rasmi di Malaysia adalah pada tahun 2018 dengan model HTC U12 Life. Ia adalah telefon kelas pertengahan dan dijual pada harga RM1,399.

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.