Spesifikasi dan harga iQoo Z7 & iQoo Z7x Di Pasaran Malaysia


Pengguna di Malaysia kini memiliki lebih pilihan untuk telefon pintar mampu milik apabila iQoo melancarkan dua model baharu, iQoo Z7 dan iQoo Z7x. Ini adalah pelancaran kedua iQoo di Malaysia, selepas memperkenal telefon pintar flagship, iQoo 11 akhir tahun lepas.


Harga dan Promosi Jualan Awal

iQoo menyediakan dua varian storan untuk kedua-dua model. Harga rasminya di Malaysia adalah seperti berikut:


iQoo Z7 (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM1,499

iQoo Z7 (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM1,299

iQoo Z7x (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,099

iQoo Z7x (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM999


Orang ramai boleh mendapatkan telefon baru iQoo ini di e-Store Rasmi Vivo Malaysia, serta di Stor Rasmi iQoo Malaysia di Lazada dan Shopee.


Berita menarik menanti untuk pembeli terawal. Dari 10-18 April 2023, pembeli iQoo Z7 akan mendapat hadiah percuma berupa jaminan lanjutan tahun ke-2, perlindungan keretakan skrin 1-tahun, serta beg galas iQoo atau rantai kunci Marshall. Pembeli iQoo Z7x pula akan menerima jaminan lanjutan tahun ke-2 dan hadiah percuma.


Selain itu, iQoo turut memberi diskaun untuk pembeli di antara 10-18 April 2023, seperti berikut:


iQoo Z7 (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM1,499 RM1,399

iQoo Z7 (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM1,299 RM1,249

iQoo Z7x (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,099 RM999

iQoo Z7x (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM999 RM939


Spesifikasi iQoo Z7

Telefon pintar iQoo Z7 adalah model yang lebih hebat, dikuasakan cip baru Snapdragon 782G, pengganti Snapdragon 778G+ dan menyokong rangkaian 5G. Ia datang bersama RAM sehingga 12GB dan storan sehingga 256GB.


Bagaimanapun, skrin iQoo Z7 masih jenis LCD. Ia berukuran 6.64-inci dengan resolusi HD Penuh, serta kadar penyegaran 120hz. Pengimbas capjarinya di sisi, di dalam butang kuasa.


Lubang kecil di dahi skrin, memuatkan kamera hadapan 16MP F2.45. Di belakang, terdapat dua kamera iaitu kamera utama 64MP F1.79 dan kamera potret 2MP F2.4. Kamera ini dilengkapi penstabil imej optikal (OIS) dan elektronik (EIS).


Tarikan utama di iQoo Z7 adalah sokongan pengecasan pantas USB-C 120W. iQoo menyatakan, ini adalah telefon termurah dengan kuasa pengecas sebegini. Ia boleh mengecas bateri 5,000mAh di dalam iQoo Z7, dari 1% ke 50% dalam masa 9 minit sahaja.


Sistem bunyi di iQoo Z7 adalah stereo, dengan speaker terletak di atas dan bawah telefon. Terdapat juga jek audio 3.5mm jika mahu menyambung fon kepala berwayar. Terdapat dua warna ditawarkan untuk iQoo Z7 iaitu hitam dan biru.


Telefon pintar iQoo Z7x juga tidak kurang hebatnya. Ia dilengkapi cip Snapdragon 695 5G, bersama RAM 8GB dan storan sehingga 256GB. Skrinnya sama seperti iQoo Z7 iaitu LCD 6.64-inci HD Penuh 120hz. Pengimbas capjari juga di dalam butang kuasa.


Kameranya sedikit berbeza. Kamera hadapan di dalam lubang kecil menggunakan sensor 8MP F2.0. Manakala di belakang, ia dipasang dengan kamera utama 50MP F1.8 dan kamera potret 2MP F2.4. Kamera ini tiada OIS, hanya ada EIS.


Tetapi yang menariknya, iQoo Z7x ada bateri lebih besar iaitu 6,000mAh. Ia menyokong pengecasan pantas USB-C sehingga 80W. Pembesar suaranya stereo dan ia menyediakan jek audio 3.5mm untuk sambungan audio berwayar.


Warna yang disediakan untuk iQoo Z7x juga sama iaitu hitam dan biru.

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.