HUAWEI P10 MANTAP!!


Sejak kerjasama dengan Leica, Huawei menampakkan perubahan dalam pembangunan telefon pintarnya.

Kerjasama yang dimulakan dengan P9 kini diteruskan dan selepas Mate 9, Huawei melancarkan pula P10.

Pengguna berpeluang menguji sendiri P10 dan ia menampakkan kualiti meskipun ramai yang mungkin skeptikal dengan produk ‘Made in China’.

Pertamanya, sudah tentu penguji melihat pada reka bentuk P10 dan ia hampir sama dengan P9 cuma bahan binaannya sedikit berbeza.

Perubahan terbesar pada P10 yang bersaiz 5.1 inci jelas kelihatan pada pengimbas cap jari yang kini ditempatkan di depan berbanding belakang di bawah kamera pada P9.

Permukaan bagi butang terbabit lembut dan direka dengan kaca yang pantas memberi respons sebaik saja jari diletakkan di permukaannya dengan sedikit gegaran tanda adanya sentuhan manusia pada telefon terbabit.

Seterusnya, ia merubah cara pengguna mengawal telefon pintar biasa Android dengan banyak menggunakan teknik sentuhan pada skrin telefon berbanding butang fizikal berdasarkan sistem operasi tambahan EMUI 5.1 yang jelas memberi impak terbaik pada Huawei P10.

Sensor baru pada telefon ini merubah cara Huawei mahu pengguna memanfaatkannya sepenuhnya ciri dalam telefon pintar dan tidak bergantung kepada kawalan butang semata-mata.

Kali ini juga, Huawei menampilkan warna baru bagi P10 dengan hijau serta biru menjadi kemasan yang pasti membuatkan anda ternganga dek kecantikan pada model terbabit.

Rekaan belakang pula memberi makna sebenar ‘tak lekat cap jari’ yang kebanyakannya cakap kosong bagi pengeluar telefon pintar dengan mikrotekstur mengurangkan kesannya pada permukaan telefon di samping menjadikan cengkaman lebih padu, sukar jatuh dari kelicinan tangan comel anda.

Spesifikasi dalamannya juga hebat dengan set cip Kirin 960 memberi kuasa baru dengan optimum operasi pada telefon dan penguji lihat ia sama dengan Mate 9 sebelum ini.

Geekbench untuk CPU SoC sehingga 6390 untuk Kirin 960 meninggalkan Kirin 950 (5416), Exynos 8890 (5348) dan Snapdragon 821 (4452)

Sistem algoritma pembelajaran mesin (MLA) yang membaca tabiat penggunaan telefon pengguna bagi memproses storan, sistem dan memori secara bersepadu.

Dakwa Huawei, ia membolehkan telefon kekal laju selepas 18 bulan namun sudah tentu penguji belum boleh mengesahkannya kerana baru seminggu memegang P10.

P10 mampu bertahan selama 1.7 hari pada penggunaan aktif dan ia boleh digunakan sehari hanya selepas mengecasnya selama 30 minit.

Manakala fungsi dwikamera generasi kedua Leica membolehkan resolusi sehingga 12 megapiksel untuk RGB manakala fungsi monokrom pula, 20 megapiksel.

Kali ini ia mempunyai ciri penstabil imej optikal yang ditagih pengguna. Perubahan terbesar terbabit terhasil merealisasikan Leica Dual- Camera 2.0 Pro Edition dan terbaru, ia menggunakan lensa Leica Summilux-H yang mempunyai apertur f/1.8, kejutan kepada pengguna yang mahukan kamera berkuasa tinggi sama kualiti dengan DSLR tapi saiz yang nipis dan kompak.

Kualiti kamera selfie depan juga hebat dan bukan lagi bergantung kepada fungsi ‘Beauty’ semata-mata.

Ditambah lagi dengan mod Portrait, pengguna boleh mendapatkan kesan bokeh yang ‘cun’.

Kemudian, Huawei menambah fungsi ‘adaptive’ yang membuka lebih ruang pada bingkai kamera apabila mengesan lebih daripada satu wajah masuk dalam kamera selfie dan ia beroperasi dengan pantas.

INFO

HUAWEI P10

• PENGELUAR: Huawei

• PENGEDAR: Huawei

• CIRI: Telefon flasgship dengan Leica

• PRO: Kamera memang hebat, warna vivid cantik

• KONTRA: Perlu sedikit tutorial dalam telefon

• LAMAN FB: www. facebook.com/HuaweiMobile

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.