NOKIA MEMPERKENALKAN PERANTI PINTAR TERBARU MEREKA NOKIA 3, NOKIA 5 & NOKIA 6


Nokia memperkenalkan tiga barisan peranti pintar terbaru mereka iaitu Nokia 6, Nokia 5 dan Nokia 3 yang diperkasa oleh sistem operasi Android.

Nokia 6 dilengkapi skrin HD penuh berukuran 5.5 inci, pemprosesan Snapdragon 430, 3GB RAM dan 32GB storan.

Dengan kamera belakang 16MP, f/2.0 dan kamera hadapan 8MP f/2.0, Nokia 6 hadir dengan bateri berkapasiti 3000 mAh.

Nokia 5 pula dilengkapi dengan skrin 5.2 inci HD, pemprosesan Snapdragon 430, RAM 2GB dan storan 16GB.

Didatangkan dengan Android 7.1.1, Nokia 5 mempunyai kamera utama 13MP f/2.0 dan kamera hadapan 8MPl f/2.0.

Lebih murah berbanding Nokia 6 dan Nokia 5, Nokia 3 yang dilengkapi pemprosesan MediaTek MTK6737 ini hadir dengan skrin HD berukuran 5 inci.

Mempunyai 2GB RAM dan 16GB ruang simpanan, Nokia 3 menggunakan Android 7.0 ini mempunyai kapasiti kamera belakang dan hadapan yang sama iaitu 8MP bersama apertur f/2.0.

INFO

NOKIA 6

• Harga: RM1073

• Pemprosesan: Snapdragon 430

• RAM: 3GB

• Storan: 32GB

• Skrin: 5.5”

• Kamera: 16MP, f/2.0 & 8MP f/2.0 (depan)

• Bateri: 3,000mAh

NOKIA 5

• Harga: RM886

• Pemprosesan: Snapdragon 430

• RAM: 2GB

• Storan: 16GB

• Skrin: 5.2”

• Kamera: 13MP f/2.0 & 8MP f/2.0.

• Bateri: 3,000mAh

NOKIA 3

• Harga: RM652

• Pemprosesan: MediaTek MTK6737

• RAM: 2GB

• Storan: 16GB

• Skrin: 5”

• Kamera: 8MP f/2.0 (depan & belakang)

• Bateri: 3,000mAh

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.