TELEFON PINTAR BAWAH RM1,000

Memasuki tahun baru, beberapa model telefon pintar mula menerima pengurangan harga yang signifikan membolehkan pengguna melihatnya sebagai peluang untuk mendapatkan fon baru pada harga patut.

IT@Metro senaraikan enam fon yang dijual pada harga kurang RM1,000 dan ditawarkan dengan spesifikasi baik untuk kegunaan harian. Antaranya:

Xiaomi Mi A1

Xiaomi menjual model telefon Mi A1 hasil kerjasama dengan Google yang juga peranti pertama beroperasi di bawah program Android One di Malaysia.

Android One adalah program tawaran sistem operasi harga patut Google kepada pengeluar telefon di seluruh dunia.

Mi A1 datang dengan spesifikasi pemprosesan Qualcomm Snapdragon 625, bateri 3080mAh dan RAM 4GB dibantu storan dalaman 64GB.

Telefon yang dijual di Malaysia ini mempunyai dwikamera 12 megapiksel yang ditawarkan pada skrin 5.5 inci.

• HARGA TERKINI: RM879-RM999

• SKRIN: 5.5 inci HD penuh

• REKAAN: Kerangka aluminium penuh

• KAMERA: Dwilensa 12MP+12MP (sudut lebar+telefoto)

• RAM: 4GB

• STORAN: 64GB, slot kad microSD

• PEMPROSESAN: Qualcomm Snapdragon 625 octa core

• BATERI: 3080mAh

• SLOT KAD SIM: 2

• KENIPISAN: 7.3mm

• BERAT: 165g

• WARNA: Hitam/emas ros/emas

ASUS Zenfone 4 Max Pro

ASUS Zenfone 4 Max Pro nyata berbaloi sekarang apabila datang dengan harga lebih murah iaitu RM999 saja namun anda boleh memiliki kapasiti bateri besar sebanyak 5000mAh

Ia juga berfungsi sebagai ‘powerbank’ manakala kameranya pula mempunyai lensa berkembar beresolusi 16 megapiksel dan 5.0 megapiksel.

• HARGA: Anggaran antara RM849 hingga RM999

• PAPARAN: 5.5 inci HD penuh

• PEMPROSESAN: Qualcomm Snapdragon 425

• RAM: 3GB

• OS: Android 7.0 Nougat, ZenUI 4.0

• STORAN: 32GB, slot kad microSD

• KAMERA: 16MP+5MP

• KAMERA DEPAN: 16MP

• BATERI: 5000mAh


Honor 6A Pro

Honor memperkenalkan peranti yang disasarkan khusus untuk golongan muda, Honor 6A Pro kepada pengguna Malaysia.

Peranti yang didatangkan dengan paparan 1280x720 HD berukuran 5 inci ini dikuasakan oleh pemprosesan berkelajuan tinggi Qualcomm 8-core, sistem operasi EMUI 5.1 berdasarkan Android 7.0 Nougat, RAM 3GB serta kapasiti penyimpanan 32GB (boleh dikembangkan sehingga 128GB dengan kad microSD), menjanjikan pengguna prestasi terhebat tanpa kompromi.

Melengkapkan lagi prestasi peranti itu adalah sistem identifikasi cap jari pelbagai fungsi untuk pengalaman pengguna yang lebih intuitif.

• HARGA: RM699

• PEMPROSESAN: OS: Android 7.0 + EMUI 5.1

• STORAN: 32GB (menyokong sehingga 128GB)

• RAM: 3GB

• KAMERA: 13MP, 5MP (depan)

• SKRIN: 5”

• PAPARAN: HD

• RESOLUSI: 1280 x 720

• BATERI: 3,020mAh

• WARNA: Kelabu dan emas


Neffos X1 Max

Neffos mempunyai model X1 Max bersaiz 5.5 inci dengan pemprosesan MediaTek Helio P10 menjadikan operasi telefon lebih pantas serta menjimatkan bateri.

Ia membolehkan anda menggunakan telefon untuk pelbagai keperluan seperti bekerja, bermain game, melayari laman web dan bersosial.

X1 Max menggunakan teknologi pengecas pantas dengan 30 minit untuk cas sebanyak 50 peratus.

• HARGA: anggaran harga dari RM750 hingga RM899 (RAM 3GB, ROM 32GB)

• RAM: 3GB

• STORAN: 32GB

• KAMERA: 13MP, 5MP (depan)

• KENIPISAN: 7.75mm

• CPU: Helio P10 octa core

• BATERI: 3000mAh

• WARNA: Kelabu/emas


Vivo V5S

Ditawarkan dengan warna merah jambu, hitam dan emas, Vivo V5s menggunakan antaramuka FunTouch OS 3.0 ini disokong oleh sistem operasi Android 6.0.1 Marshmallow dengan kadar storannya 64GB.

Dengan kelebihan kamera hadapan 20 megapixel (MP) dengan ciri Selfie Softlight, imej swafoto dihasilkan Vivo V5s akan kelihatan lebih asli dengan kesan seperti cahaya studio fotografi.

Telefon pintar berkenaan hadir dengan kapasiti bateri 3,000 mAh serta mempunyai memori dalaman 64GB, yang boleh ditambah dengan kad microSD hingga 256GB.

• Harga: RM999

• PEMPROSESAN: Octa-core 64bit

• SISTEM OPERASI: Android 6.0.1 Marshmallow

• RAM: 4GB

• STORAN: 64GB

• KAMERA: 20MP, f/2.0 & 13MP, f/2.2 (belakang)

• BATERI: 3000mAh


ASUS Zenfone Live

ASUS Zenfone Live hanya berharga RM499 menjadi telefon pertama di dunia yang mampu menjalankan proses ‘beautification’ secara masa nyata sambil anda melakukan siaran langsung.

Ia bermakna anda tak perlu risau bersolek kerana telefon akan meletakkan solekan digital terus kepada anda.

• HARGA: RM499

• STORAN: 16GB eMMC

• KENIPISAN: 7.95mm

• PAPARAN: 5 inci

• RAM: 2GB LPDDR3

• KAMERA: 13MP PixelMaster f2.0

• KAMERA DEPAN: PixelMaster 3.0 f2.2

• OS: Android 6.0, ASUS ZenUI 3.0




Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.