HUAWEI NOVA 4E MENEPATI CITARASA PENGGUNA?


BAGI golongan muda dan gadis yang gemar memuat naik laman sosial, sudah pasti memerlukan kamera telefon pintar yang baik terutama untuk kegunaan swafoto.

Ia adalah ‘trend’ terkini apabila setiap aktiviti yang dilakukan pastinya ingin dimuat naik di semua laman sosial antaranya Facebook, Instagam dan Twitter.

Untuk itu, peranti yang menawarkan kamera swafoto terbaik yang berada di pasaran adalah Huawei Nova 4e.

Peranti berkenaan dijual pada harga RM1,199 dan pastinya ia tidak terlalu mahal untuk dibeli.

Malah, peranti berkenaan menggunakan kamera swafoto berkeupayaan 32 megapixel (MP) dengan Kecerdasan Buatan (AI) yang mampu mencantikkan imej terakam.

Menghidupkan mod Kecerdasan Buatan (AI)

Pengguna boleh memilih sama ada untuk menghidupkan mod AI ataupun membiarkan saja dalam mod semula jadi. Untuk menghidupkan mod ini, pengguna perlu menukar fungsi kamera kepada swafoto dan melihat di bahagian atas peranti tertera tulisan ‘AI’.

Hanya dengan menekan ikon berkenaan, peranti tertulis ‘mod AI dihidupkan’ dan pengguna boleh mengambil gambar dengan imej yang dipertingkatkan menerusi teknologi berkenaan.

Pengguna boleh melakukan eksperimen iaitu mengambil gambar swafoto ketika mod AI dimatikan dan membandingkan dengan imej yang menggunakan mod AI.

Pastinya, terdapat perbezaan yang sangat ketara dalam dua imej berkenaan kerana fungsi AI adalah mempertingkatkan imej gambar yang terakam sesuai dengan keadaan persekitaran.


Swafoto ketika mod ‘potrait’

Untuk kamera mod swafoto, wujud beberapa mod lain antaranya adalah potrait. Mod ini akan memberi fokus kepada bentuk muka seseorang dan menyesuaikan dengan latar belakang.

Titik fokus kamera akan terarah kepada wajah individu saja manakala objek yang berada di sekelilingnya kelihatan kabur umpama seorang jurugambar profesional merakam imej.

Mod gambar ini sering digunakan ramai pemilik akaun laman sosial kerana ia bukan saja cantik malah memberi penekanan imej kepada wajah individu tertentu saja.

Malah pengguna boleh menukar beberapa mod seperti kadar ‘Beauty Face’ daripada skala 0 sehingga kepada 10 mengikut kesesuaian.

Mod ini juga membolehkan imej yang terakam dipertingkatkan secara maksimum tanpa memberi kecacatan kepada gambar malah mencantikkan wajah individu berkenaan.

Pengguna juga boleh memilih mod lain seperti corak pencahayaan yang berada di panel bawah berbentuk ikon dan hanya menekannya dan memilih pilihan mod yang dirasakan bersesuaian.

Resolusi swafoto

Pengguna yang memiliki peranti Huawei Nova 4e ini boleh memilih tiga resolusi kamera swafoto iaitu bermula daripada 21 megapixel (MP) dengan kadar resolusi 6528 x 3152.


Selain itu, pengguna boleh juga menggunakan resolusi 24MP atau 4896 x 4896 atau menggunakan resolusi paling optimum iaitu 32MP dengan 6528 x 4896.

Pastinya, resolusi optimum memberikan gambar lebih cantik berbanding dua lagi resolusi namun Huawei Nova 4e memberi kebebasan kepada pengguna untuk memilih sebarang resolusi yang dirasakan bersesuaian.

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.