LG PERKENAL NOTEBOOK SKRIN BOLEH LIPAT?


Syarikat pengeluar perkakasan elektronik terkemuka, LG sudah bersedia untuk melancarkan produk mereka yang memiliki kebolehan skrin paparan boleh lipat.

Persidangan Persatuan Paparan Maklumat (SID) baru-baru ini mendedahkan bahawa LG sudah mempamerkan paparan skrin boleh lipat mereka yang dikenali sebagai paparan fleksibel OLED.

Peranti berkenaan bersaiz 13.3 inci dan LG memaklumkan bahawa mereka sudah bersedia untuk mengkomersialkan produk itu secara global.

Sebelum ini, trend skrin paparan boleh lipat dimulakan dengan Samsung menerusi peranti Galaxy Fold diikuti Huawei Mate X.

Lenovo mengumumkan NoteBook paparan skrin boleh lipat yang menggunakan produk daripada LG dan dijangka pelancarannya pada 2020.

Ketua Pegawai Teknikal LG, Kang In-byeong berkata, cabaran dalam pembikinan paparan skrin masih lagi hebat, tetapi semua itu bergantung pada pengeluar atau pembekal.

Kesungguhan LG untuk melancarkan produk yang memiliki skrin paparan boleh lipat menunjukkan bahawa syarikat itu turut mempunyai teknologi yang sama dengan beberapa syarikat lain dan bersedia untuk menjualnya kepada umum.

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.