REALME 3 PRO KINI SUDAH DI PASARAN


REALME Malaysia melancarkan telefon pintar terbaru, Realme 3 Pro iaitu peranti kelas pertengahan dengan menggunakan pemproses Snapdragon 710.

Peranti berkenaan menggunakan skrin bersaiz 6.3 inci Definisi Penuh Dipertingkat (FHD+) yang dipadankan dengan memori (RAM) 6GB.

Realme 3 Pro menggunakan storan berkapasiti sehingga 128GB dan didatangkan dengan bateri kapasiti 4,045mAh.

Telefon pintar berkenaan mempunyai ciri pengecasan pantas VOOC 3.0 supaya memudahkan pengguna dan tidak perlu menunggu lama untuk tempoh pengecasan.

Ia juga akan menggunakan tetapan kamera utama dua lensa gabungan 16 megapixel (MP) + 5MP untuk menghasilkan imej yang lebih terperinci.

Bagi kamera swafoto, peranti berkenaan menggunakan kamera 25MP dan pastinya memberi kelebihan kepada pengguna yang gemar merakam gambar swafoto.

Realme Malaysia menerusi telefon pintar terbaru mereka itu menawarkan dua varian iaitu versi 4GB RAM / 64GB storan pada harga RM899.

Varian kedua pula menawarkan spesifikasi 6GB RAM dan 128GB storan pada harga RM1,099.

Kedua-dua varian berkenaan akan ditawarkan melalui Lazada bermula 15 Mei manakala menerusi penjual bertauliah Realme bermula 18 Mei di seluruh negara.

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.