BILAKAH TARIKH PELANCARAN SAMSUNG GALAXY NOTE 20?
SAMSUNG bakal melancarkan peranti kelas perdana miliknya daripada siri Note awal bulan depan dan spesifikasi berhubung peranti berkenaan itu dikatakan tertiris di sebuah portal teknologi terkemuka pagi tadi.
Berdasarkan portal berkenaan, Samsung Galaxy Note 20 akan menggunakan pemprosesan Exynos 990 bagi segmen pasaran Eropah manakala untuk peranti Asia menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 865+.
Samsung juga dikatakan akan memperkenalkan beberapa variasi siri Note 20 termasuk Note 20 Ultra yang pastinya menawarkan keupayaan spesifikasi lebih tinggi daripada variasi biasa.
Peranti berkenaan dilengkapi dengan skrin berkeluasan 6.7 inci dengan paparan 'Dynamic AMOLED' Definisi Penuh Dipertingkatkan (FHD+) dan menyokong kadar segar semula 60Hz.
Note 20 berkenaan akan menggunakan memori (RAM) 8GB dengan kapasiti storan 256GB termasuk bateri 4,300mAh. Padanan 60Hz untuk paparan dilihat langkah yang kurang bijak untuk Samsung tatkala kebanyakan jenama utama sudah menggunakan sehingga 144Hz.
Spesifikasi kamera utama pula adalah 12 megapiksel (MP) sudut lebar, 12 MP lensa ultra sudut lebar dan 64 MP lensa telefoto. Sistem telefoto menyokong pembesaran optikal sehingga tiga kali dan pembesaran digital sehingga 30 kali.
Samsung akan melancarkan secara rasmi peranti berkenaan pada 5 Ogos depan dan peranti itu masih mengekalkan identiti S Pen sebagai 'stylus' pintar serta identiti variasi berkenaan sejak ia diperkenalkan sedekad lalu.
Tiada ulasan: