HONOR TAB 6 DAN TAB X6 LEBIH STABIL DAN MAMPU MILIK


Pengeluar terkemuka peranti pintar, Honor menambah koleksi siri produk mereka dengan pelancaran tablet Honor Tab 6 dan Honor Tab X6 yang diperkenalkan di China.

Menyentuh aspek spesifikasi, Honor Tab 6 membawakan paparan bersaiz 10.1 inci dengan resolusi 1920 x 1200 piksel yang memberikan paparan lebih terperinci dan sesuai dengan keperluan pengguna hari ini.

Honor juga menggunakan padanan sistem audio yang sangat baik iaitu Histen 6.1 sekali gus memberikan kualiti bunyi terbaik untuk kepuasan pengguna.

Untuk peranti ini, Honor menggunakan pemproses Kirin 710A dengan padanan memori (RAM) sehingga 4GB serta kapasiti storan sehingga 128GB.

Peranti berkenaan juga dilengkapi dengan kamera 5 megapiksel manakala keupayaan kamera swafoto 2 megapiksel.

Honor menggunakan padanan kapasiti bateri 5,100mAh dengan sambungan USB Type C dan sistem operasi Android 10 yang menggunakan perisian paparan antara muka Magic UI 3.1.

Bagi Honor Tab X6 pula, Honor menggunakan tetapan paparan 9.7 inci dengan resolusi rendah 1200 x 800 piksel dan pemproses Kirin 710A bersama tetapan memori 4GB.

Tanda harga bagi Honor Tab 6 adalah sekitar RM790 manakala Tab X6 RM670.


SPESIFIKASI HONOR TAB 6

• PEMPROSES : Kirin 710A

• RAM : Sehingga 4GB

• STORAN : Sehingga 128GB

• BATERI : 5,100mAh

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.