GOOGLE PLAY VERSI CHINA?


Google merancang untuk melancarkan gedung aplikasi telefon pintar Google Play versi China pada tahun depan menjadikannya kemasukan pertama di pasaran sejak menamatkan sokongan produk tempatan pada tahun 2010.

Menurut sumber, Google Play itu dilancarkan khas bagi pasaran China dan tidak berkait dengan Google Play versi luar negara.

Katanya, Google bercadang untuk mematuhi undang-undang China terhadap penapisan kandungan yang mungkin dilihat sebagai sensitif oleh Parti Komunis yang memerintah.

Bagaimanapun, jurucakap Google Singapura enggan mengulas lanjut perkara tersebut.

Sebelum ini Google menarik balik perkhidmatannya lima tahun lalu selepas syarikat itu enggan meneruskan tapisan hasil carian. Syarikat itu mengekalkan kehadiran yang terhad dalam pasaran telefon pintar terbesar di dunia, tetapi kebanyakan perkhidmatannya termasuk Play, telah dihadkan aksesnya.

“Syarikat Amerika Syarikat itu akan menggunakan platform tersebut bagi meletakkan produk-produk dan perkhidmatannya di negara berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun sumber itu memberitahu, Google masih belum mengenal pasti produk seterusnya yang akan dibawa masuk ke China.

Dalam pada itu, Ketua Eksekutif Google, Sundar Pichai dan beberapa pegawai kanan syarikat juga sebelum ini bersikap terbuka dan tidak merahsiakan rancangan untuk kembali ke pasaran China dan Google Play merupakan antara satu daripada produk awal yang akan dibawa masuk.

Bagaimanapun pengkritik berpendapat Google secara dasarnya telah kehilangan tapak yang kukuh bagi kesemua perkhidmatannya terutamanya enjin carian dan penstriman video kepada pemain-pemain China. – REUTERS

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.