ANDROID WEAR KE PERANTI iPHONE
GOOGLE secara rasmi mengumumkan aplikasi yang dapat menghubungkan jam pintar Android Wear ke peranti telefon pintar iPhone.
Sama seperti rangkaian jam Android yang lain, Android Wear hanya boleh dihubungkan dengan telefon pintar yang menggunakan perisian Android sebelum program menyatukan peranti berbeza operasi itu dilaksanakan sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan jualan jam berkenaan yang kurang mendapat sambutan di pasaran.
Melalui program penyatuan di antara Android dan AppStore, pengguna iPhone boleh mengakses Android Wear melalui sistem operasi iOS 8.2 ke atas kecuali iPad.
Selama ini, Android Wear hanya boleh dihubungkan dengan iPhone dengan menggunakan bantuan aplikasi dari pihak ketiga. Begitupun, fungsi yang boleh digunakan adalah terhad seperti notifikasi.
Aplikasi Android Wear dengan sistem operasi iOS membolehkan pengguna memanfaatkan komunikasi secara audio ataupun suara seperti membuat dan menerima panggilan telefon.
Malah, mereka juga boleh mengendalikan menu muzik pada jam pintar berkenaan melalui fungsi audio tersebut.
Dalam pada itu, pengguna iPhone juga boleh mengakses aplikasi Google seperti informasi lalu lintas di Google Now atau Google Calendar, Gmail, Google Fit, OK Google dan lain-lain.
Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu difikirkan sebelum membeli Android Wear sekiranya anda merupakan pengguna Apple kerana kebanyakan aplikasi yang terdapat di iPhone agak sukar untuk dilihat dalam paparan jam pintar Android terbabit.
Tiada ulasan: