ASUS PERKENAL TABLET ELITE?


Terdapat pelbagai alasan untuk kita berterima kasih kepada ASUS sekiranya mereka membawakan tablet Android 7.0 inci ke pasaran. Lagipun, syarikat Taiwan terbabit berjaya membangunkan dua generasi Nexus 7 yang juga tablet Android terbaik pernah wujud.

Kali ini, ia datang pula dengan ZenPad 7.0 namun jangan keliru dengan versi tablet yang lebih murah ASUS iaitu ZenPad C 7.0.

Sekali pandang pun anda tahu beza antara kedua-duanya.

Zenpad 7.0 diumumkan pada Pameran Computex pertengahan tahun ini dan cirinya hampir menyerlah seperti Nexus 7.

Ia menggunakan pemprosesan 64 bit Intel, soko­ngan kad mikroSD, teknologi paparan HDR dan beberapa pilihan aksesori seperti ‘cover’ ASUS yang jelas membuktikan ia bukan calang-calang tablet Android peringkat pertengahan.

Dari depan, ia mungkin kelihatan seperti tablet Android standard. Bezel skrin hitam di atas dan di bawah skrin ia dibangunkan sedikit tebal dan hanya ada sensor kamera depan selain mikrofon.

Pusingkan tablet ini dan anda akan kagum dengan per­sembahan ASUS yang menjadikan ZenPad kelihatan mewah.

Cover belakang boleh tanggal mempunyai tekstur seakan-akan kemasan kulit yang membantu anda mendapatkan pegangan memuaskan pada berat 272g dan kenipisan 8.7mm.

Ia tablet dibangunkan sesuai untuk kegunaan mod potret dan cukup selesa untuk menggunakannya tanpa perlu bimbang ia mungkin tekanan apabila menggunakan gajet terlalu lama.

Apabila saya bercakap mengenai cover belakang terbabit, ia termasuk kemudahan menukarnya kepada cover lain pelbagai warna atau rekaan dan ia merubah tablet itu seakan-akan beg kepit atau ‘clutch bag’.

Malah, penutup tambahan itu juga bertindak sebagai ‘powerbank’ menyalurkan tenaga bagi penggunaan tablet pada masa yang lama.

Jika anda mahukan coveTablet ‘mewah’r lain juga, tukarkannya kepada cover audio yang menawarkan pembesar suara 5.1 Surround Sound. Menarikkan pilihan yang ada?

ASUS memberikan skrin beresolusi 1280 x 800 IPS dan meskipun ia bukan sesuatu yang ‘groundbreaking’, sekurang-kurangnya dari perspektif resolusi ia cukup menawan.

Itupun belum ditambah dengan teknologi Tru2Life yang menjadikannya seakan-akan TV pada skrin tablet.

ZenPad 7.0 menggunakan pemprosesan Intel Atom 64 bit dengan pilihan untuk RAM 1GB atau 2GB serta GPU Mali-450 MP4. Sudah cukup untuk mengoperasikan aplikasi dan tanpa ‘lag’.

Semua asas sambungan turut tersedia termasuk slot mikro SIM untuk menawarkan sambungan 3G dan sokongan Miracast untuk memancarkan kandungan tablet ke skrin TV.

Ia beroperasi pada Android 5.0 Lollipop dan jika mahukan kamera, ia tersedia pada kamera utama 8MP dan pilihan untuk 5MP kamera depan.

Bateri utama 3450mAh membolehkan anda menggunakan tablet ini secara aktif sehingga lapan jam.

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.