WHATSAPP SEKAT `TAG` TELEGRAM BAGI PENGGUNA ANDROID


WhatsApp, syarikat aplikasi bual gergasi menyekat pautan yang me­ngandungi perkataan ‘telegram’, yang juga nama pesaingnya bagi pengguna Android.

Menurut laporan Mashable, perkara tersebut pertama kalinya dikenal pasti oleh pengguna Reddit pada Isnin lalu, bagaimanapun sekatan tersebut hanya dibuat untuk aplikasi WhatsApp di Android sahaja dan bukan di iOS.

Walaupun Telegram adalah pesaing kepada WhatsApp, bila­ngan pengguna syarikat itu masih lagi kecil berbanding WhatsApp.

Pada bulan Mei lalu, Telegram mendakwa mereka mempunyai 62 juta pengguna aktif bulanan, manakala WhatsApp mendakwa 900 juta pengguna aktif bulanan pada bulan September.

Kata laporan itu, walaupun tidak hampir sebesar WhatsApp, Telegram mempunyai pangkalan pengguna yang besar dan sebelum ini telah menarik berjuta-juta pengguna apabila WhatsApp mengalami gangguan perkhidmatan utama.

Walaupun kedua-dua aplikasi menawarkan ciri mesej yang serupa, Telegram mendakwa perkhidmatannya lebih selamat. Telegram juga menawarkan saluran awam, yang telah melalui penelitian beberapa minggu lalu. Aplikasi ini juga menyekat 78 saluran berkaitan ISIS pada bulan lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Te­legram, Pavel Durov dalam tweet beliau berkata, terdapat kira-kira 80 peratus daripada penggunanya menggunakan Android dan perkara tersebut menjelaskan mungkin mengapa WhatsApp hanya akan menyekat pautan di platform itu.

Penyekatan tersebut dibuat selepas syarikat induknya, Facebook baru-baru disekat pautan ke Tsu.co, rangkaian sosial yang membayar penggunanya termasuk peratusan daripada pendapatan iklan setiap kali mereka membuat ‘post’.

Facebook menuduh Tsu.co menggalakkan ‘perkongsian spam,’ dan oleh itu mereka menyekat pautan terbabit.

Pautan tersebut disekat pada Facebook, Facebook Messenger dan Instagram, namun tidak di WhatsApp.

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.