KAMERA KOMPAK CANON EOS M10 MILIKI TEKNOLOGI DSLR


Bagaimana memulakan tahun 2016 anda? Apa kata cuba menceburi fotografi dengan membeli kamera Canon EOS M10 yang menggabungkan teknologi DSLR EOS dalam kamera kompak datang bersama lensa EF-M15-45 mm f/3.5-6.3 IS STM bagi menghasilkan gambar berkualiti tinggi.

Ia dilengkapi skrin sentuh LCD berukuran 3.0 inci yang boleh diputarkan sehingga 180 darjah memudahkan rakaman selfie pelbagai sudut.

Selain itu, pengguna turut boleh mengawal kamera ini dari jarak jauh melalui sambungan WiFi atau NFC yang dihubungkan melalui aplikasi Camera Connect.

SPESIFIKASI CANON EOS M10:

Harga: RM1,999

Sensor Imej: APS-C CMOS 18.0 megapiksel

Pemprosesan imej: DIGIC 6

Kelajuan ISO: 100-12,800 (sehingga 25,600)

Kelajuan rakaman berterusan: 4.6 fps

Kualiti maksimum video: 1920 x 1080 HD Penuh

Autofokus: CMOS AF II Hibrid

Skrin LCD: skrin sentuh 180/45-darjah 1.04 juta dot

Sambungan tanpa wayar: Wi-Fi, NFC

Ukuran: 108 x 66.6 x 35.0 mm

Berat: 301

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.