GAJET TERBARU DARI APPLE MENGGUNAKAN SENTUHAN 3D


Apple memfailkan paten komputer riba yang hampir sama dengan MacBook yang ditawarkan tanpa papan kekunci tetapi digantikan dengan pad sesentuh rata.

Skrin sesentuh yang dinamakan Touch 3D itu akan menawarkan konfigurasi kekunci yang dapat disesuaikan mengikut kehendak pengguna.

“Pad sesentuh itu menggunakan teknologi Haptic yang mengesan pergerakan jari pada permukaan pad seterusnya menawarkan sensor yang boleh ditekan untuk memberi maklum balas sebagai cara penggunaannya,” menurut laporan Mirorr.co.uk hari ini.

Motor kecil akan bergegar untuk memberi maklum balas apa yang disentuh oleh pengguna. Paten ­Apple tersebut hampir menyerupai teknologi papan kekunci, pad bernombor atau pad pengesan, cuma ia digantikan dengan pad sesentuh.

Paten tersebut akan memberi gambaran bahawa pengguna dapat menggunakan gerak isyarat sentuhan yang sama seperti terdapat pada skrin iPad, Mac dan iPhone.

Sebelum memperkenalkan pa­ten tersebut, Apple telah mengumumkan teknologi Touch 3D bagi iPhone 6s.

Walau bagaimanapun, tiada jaminan bahawa paten tersebut bakal digunakan sebagai produk terbaharu Apple dalam masa terdekat.

Tetapi, berdasarkan usaha ber­terusan melalui pelaburan daripada Apple, masih terdapat kemungkinan bahawa teknologi itu berkemungkinan direalisasikan.

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.