POPULARITI DRON BUATAN CHINA SEMAKIN MENINGKAT DI KALANGAN PEMINAT GAJET DI MALAYSIA


Dron bukan satu perkara baharu dalam dunia gajet. Popularitinya semakin mendapat perhatian masyarakat yang meminati permainan, seni fotografi dan videografi.

Pelbagai jenama dron sudah mula dipasarkan dengan kualiti biasa sehinggalah yang menakjubkan. Pengeluar gajet dan elektronik terkemuka China, Xiaomi dilihat tidak mahu ketinggalan dengan memperkenalkan dron mereka sendiri.

Mi Drone yang dikuasakan dengan rakaman video 4K bukan sahaja menjadikannya antara dron rakaman video terbaik, malah antara dron berciri tinggi dengan harga yang amat berpatutan.

Harga yang ditawarkan bagi model yang merakamkan video 1,080 piksel adalah RM1,500, manakala dron rakaman 4K pula dijual pada harga RM1,800 berbanding jenama lain yang seangkatannya, menjual lebih daripada harga RM3,000.

Itu sesuatu yang menarik untuk dilihat kerana populariti dron membuatkan semakin ramai mahu memilikinya, sekali gus menghasilkan pelbagai rakaman kreatif untuk tujuan peribadi atau komersial.

Dengan pengurangan harga hampir separuh berbanding jenama lain di pasaran, sudah pasti ada di antara spesifikasi dilihat kurang berbanding jenama lain. Namun, secara puratanya, Mi Drone sudah mencukupi.

Ini kerana kekurangan yang ada pada dron ini boleh dianggap sebagai aksesori tambahan sahaja kerana ciri-ciri utama sudah cukup untuk menjadikannya antara dron boleh dimiliki oleh semua peminatnya.

Dua variasi Mi Drone mempunyai jarak pengawasan sejauh satu kilometer bagi model 1080p, manakala 4K pula sejauh dua kilometer dengan memancarkan signal menggunakan antena PCB.

Apabila dron itu menjangkaui jarak di luar liputan atau terputus hubungan dengan alat kawalan, dron ini akan terbang secara automatik ke tempat asal ia dilancarkan.

Teknologi GPS+GLONASS yang memeta kawasan mampu memberikan kemudahan kepada pengguna bagi mode mendarat atau kembali serta pencarian jika sebarang kemalangan berlaku pada dron semasa ia terbang.

Selain itu, turut disediakan kemudahan memberitahu pengguna di telefon pintar yang dihubungkan dengan dron apabila dron tersebut kekurangan bateri dan tidak mampu untuk berpatah balik.

Pelanggaran peraturan kawasan larangan terbang sering berlaku oleh mereka yang suka menceroboh kawasan seperti lapangan terbang, kem askar atau tempat-tempat tertentu, namun dengan Mi Drone, ia tidak akan berlaku kerana tidak akan terbang melepasi kawasan terbabit.

Ini disebabkan GPS yang terbina akan membuatkan dron terbang statik dan tidak meneruskan perjalanan, selain berpatah balik dari kawasan larangan terbang itu.

Dengan harga yang ditawarkan serta spesifikasi yang cukup mengujakan, pastinya Mi Drone mampu memberi saingan hebat kepada jenama lain yang jauh lebih mahal.

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.