HARGA AIRPODS IPHONE 7 DI PASARAN MALAYSIA


Apple Inc. baru-baru ini memperkenalkan fon telinga tanpa wayar baharu, AirPods berharga AS$159 (RM658 seunit bersempena pengenalan iPhone 7 dan 7 Plus.

Portal Time melaporkan, AirPods menampilkan cip tanpa wayar W1 baharu membolehkan pengguna dengan mudah menyam­bungnya kepada peranti Apple yang lain. Peranti itu dijangka dipasarkan pada akhir Oktober ini.

Sensor onboard yang ada membolehkan fon telinga itu berfungsi sebaik sahaja ia dipasang pada telinga dan muzik akan berhenti secara automatik apabila alat tersebut ditanggalkan.

AirPods juga memiliki mikrofon untuk menjawab panggilan dan berinteraksi dengan aplikasi siri yang boleh diakses dengan hanya menekan satu daripada butang yang ada.

Apple seolah-olah mempunyai dua matlamat dengan AirPods baharu ini iaitu menawarkan penyelesaian fon telinga yang berfungsi dengan baik dan memudahkan penyediaan peranti berkenaan.

Menurut laporan, pengguna hanya perlu membuka bekas AirPod dan fon telinga dan secara automatik akan dihubungkan dengan iPhone berhampiran.

Peranti tersebut direka untuk bertahan selama kira-kira lima jam selepas dicas selain memberi kualiti audio yang tinggi.

Meskipun harga ditawarkan agak mahal, namun memilikinya cukup berbaloi jika dibandingkan dengan produk tanpa wayar seumpamanya yang ada dalam pasaran.

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.