BENARKAH KAMERA REALME 9 PRO + SETANDING GOOGLE PIXEL 6, XIAOMI 12 & SAMSUNG GALAXY S21 ULTRA??


Realme bakal melancarkan barisan baru peranti kelas pertengahan mereka, siri Realme 9 Pro pada 16 Februari 2022. Menjelang hari pelancaran ini, Realme berkongsikan sedikit demi sedikit perkara menarik yang bakal ada di Realme 9 Pro. Salah satu daripadanya adalah kamera kelas flagship.


Realme mendedahkan bahawa Realme 9 Pro+ akan dilengkapi sensor Sony IMX766 OIS 50MP. Sensor ini sebesar 1/1.56-inci dan dikatakan pertama kali ada di peranti kelas pertengahan iaitu Realme 9 Pro+.


Bagi menunjukkan kehebatan kamera ini sebelum dilancarkan, Realme menjemput peminat untuk menyertai Realme Camera Lab Experience, yang akan diadakan secara eksklusif selama 24 jam pada 7 Februari 2022. Acara ini boleh disertai menerusi laman web Realme Global.


Di laman tersebut, Realme membandingkan hasil kamera Realme 9 Pro+ bersama tiga peranti flagship Android iaitu Google Pixel 6, Xiaomi 12 dan Samsung Galaxy S21 Ultra. Terdapat beberapa situasi dan keadaan gambar diambil dalam perbandingan ini. Malah, anda boleh memuat turun fail asal gambar untuk membandingkannya dengan lebih teliti. Adakah ia benar-benar sehebat peranti flagship?


Selain kehebatan kameranya, Realme turut membuat beberapa pendedahan lain tentang Realme 9 Pro+ antaranya ia akan dikuasakan cip Mediatek Dimensity 920 5G. Malah, ia ada badan yang boleh berubah warna apabila terkena cahaya matahari seperti di Vivo V23, tetapi ia hanya terdapat pada model berwarna biru sahaja.


Di samping itu, Realme 9 Pro+ juga akan hadir dengan pengimbas denyutan nadi. Fungsi ini sering terdapat di peranti flagship Samsung sebelum ini, kali terakhir pada Galaxy Note 10 dan tidak lagi muncul selepas itu. Memandangkan pengimbas ini diperlihatkan ada pada skrin, ini menambah satu lagi maklumat iaitu ia akan menggunakan skrin AMOLED.


Mungkin akan ada lebih banyak maklumat dikongsikan Realme sebelum pelancaran pada 16 Februari nanti. Antaranya berapa banyak model di dalam siri Realme 9 Pro dan apakah perbezaan antaranya.

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.