SAMSUNG NOTE 5 VS SAMSUNG EDGE
Bagi peminat siri Samsung Note, kehadiran Samsung Note 5 amat ditunggu-tunggu.
Besar lebih baik, itu antara motto yang digunakan bagi memperlihatkan kelebihan gajet tersebut.
Note 5 diperkenalkan lebih besar namun nipis bagi penggemarnya.
Namun, ikonik bagi gajet tersebut adalah pada S Pen nya yang merupakan alatan pelbagai guna juga sebagai instrument penulisan yang terbaik.
Air Command antara mod yang akan diaktifkan apabila S Pen dikeluarkan dari sarungnya.
Antara mod yang telah tersedia di paparan adalah Action Memo, Smart Select, Screen Write, S Note, Add Shortcuts.
Kelebihan S Pen sememangnya tidak dapat dinafikan kerana alatan tersebut merupakan identiti siri Note.
Bagaiamanapun, Note 5 tetap memiliki pelbagai lagi aplikasi menarik selain perisiannya juga turut mengalami perubahan yang terbaik.
Memiliki paparan seluas 5.7 inci bersama teknologi gelas Quad HD Super Amoled (518 ppi), penggunanya memilih ruang yang cukup luas untuk pelbagai aplikasi digunakan serentak.
Antara kelebihan lain adalah kamera yang dilengkapi bersama penstabil pengimejan digital menerusi (OIS),
Memories in Selfies, Auto real time HDR dan pelbagai lagi.
Apa yang pasti, Note 5 ini bakal menambah warna-warni dunia teknologi gajet moden masa kini yang kian menjadi kegilaan ramai.
Secara keseluruhan, peranti daripada Samsung ini memiliki reka bentuk unik dan menarik, perkakasan canggih yang terkini dan dapat merakam gambar ‘outdoor’ dengan hebat setanding penggunaan kamera digital.
Lebih menarik, dengan adanya penambahan S pen, menjadikan peranti ini berbeza dan istimewa dalam keluaran Samsung yang lain.
Samsung Note 5.
Spesifikasi :
Samsung Note 5
Paparan: 5.70 inci
Dimensi: 153.20 x 76.10 x 7.60 mm.
Jaringan: 802.11 a/ b/ g/ n/ ac
Pemproses: 1.5GHz Octa-Core.
Kamera hadapan: 5 megapiksel
Resolusi: 1440x2560 piksel.
RAM: 4GB
Sistem Operasi: Android 5.1
Simpanan: 32GB
Kamera belakang: 16-megapiksel
Bateri: 3000mAh.
Harga: RM2399 (32 GB).
Bagi peminat Samsung Edge pula..
Samsung mempertaruhkan kelebihan paparan pinggir (edge), rekaan model Note tersebut ternyata amat berbeza dengan model sebelumnya.
Bersama gaya yanglebih menawan dan memukau peminatnya, Note Edge merupakan revolusi telefon pintar sesuai dengan perkembangan industri tersebut di masa kini yang semakin tepu dan padat.
Jika rata-rata pengeluar telefon pintar lebih tertumpu kepada peningkatkan perisian dan aplikasi, Samsung tampil dengan rekaan yang anggun seperti slot notifikasi di tepi.
Permukaan skrin yang mendatar kemudian melengkung ke bahagian sisi kelihatan agak unik dan pastinya merupakan tarikan utama Note Edge.
Menurut Ketua Pemasaran dan Divisi Telefon Bimbit, Samsung Malaysia Elektronics, Luke Au Kuan Yew, rekaan skrin sehingga ke sisi tersebut adalah untuk menawarkan satu revolusi untuk memudahkan interkasi dan penggunaan aplikasi yang dibekalkan.
“Menerusi kemunculan Note Edge, Samsung telah merubah gaya penggunaan telefon pintar dan membuka satu budaya baharu dalam pemasaran gajet tersebut,” katanya.
Selain daripada keunikan skrin melekung di sisi, Note edge turut dilengkapi bersama teknologi skrin 5.6 inci, Quad+Hd Super AMOLED untuk kelancaran tugasan yang pelbagai.
Dalam pada itu, taruhan Samsung terhadap kadar 16 megapiksel untuk kamera sememangnya suatu yang berbaloi kerana imej yang dirakam oleh Note Edge lebih jelas, terang dan tajam walaupun dalam keadaan cahaya yang kurang.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Galaxy Note Edge, anda boleh melayari laman web Samsung di www.samsung.com.
Spesifikasi Galaxy Note Edge :
Sistem operasi: Android
Paparan: Super AMOLED, 5.6” (141.9mm).
Saiz kad SIM: Micro-SIM ( Multi-SIM, Single-SIM)
Sambungan: USB 2.0.
Aplikasi lokasi: GPS, Glonass, Beidou.
Kelajuan CPU: 2.7GHz Quad-Core
Pilihan warna: Hitam, putih.
Memori: RAM 3 GB, ROM Size (GB) 32 GB, MicroSD (sehingga 128GB).
Kamera: Depan - CMOS 16.0 MP, belakang CMOS 3.7 MP.
Dimensi: 151.3 x 82.4 x 8.3 (HxWxD, mm).
Berat: 174 gram (g).
Harga: RM2,999.
Tiada ulasan: