SPESIFIKASI MEIZU PRO 5..


Pada minggu ini, Meizu memperkenalkan keluarga peranti baru, yang mana lebih tinggi daripada MX, dinamakan sebagai Pro. Meizu Pro 5 merupakan telefon pintar pertama dibawah keluarga ini – dimana hadir dengan ciri-ciri premium, disamping mengekalkan rekaan ikonik Meizu.

Meizu Pro 5 membawakan rekaan telefon pintar seumpama telefon pintar Meizu sebelum ini, tetapi pada masa yang sama membawakan kualiti binaan yang baik. Meizu Pro 5 menggunakan binaan berasaskan logam, dan pada bahagian hadapan ia membawakan skrin bersaiz 5.7-inci dengan rekaan kaca 2.5D – iaitu melengkung sedikit pada bahagian tepi.

Meizu Pro 5 ini hanya menggunakan resolusi 1080p sahaja, dan pihak Meizu sendiri mengatakan mereka mampu menyertakan skrin 2K, tetapi menganggapnya tidak penting. Meizu mengatakan mereka ingin menawarkan penggunaan yang lebih optimum kepada pengguna – dimana dengan menggunakan skrin 1080p, ia membolehkan pengguna menggunakan peranti untuk masa yang lebih lama tanpa perlu menghabiskan tenaga bateri. Dalam usaha menawarkan paparan yang terang seumpama pada Galaxy S6, Meizu menyertakan skrin berasaskan AMOLED pada Meizu Pro 5.

Meizu Pro 5 menggunakan spesifikasi terkini daripada Samsung, dimana ia menggunakan cip lapan-teras Exynos 7420 yang mana dikatakan lebih baik berkali ganda berbanding dengan Snapdragon 810. Meizu turut mengatakan dengan menggunakan cip Exynos 7420, ia membolehkan mereka mengoptimasikan penggunaan tenaga – sekaligus menawarkan masa penggunaan bateri yang lama. Untuk tujuan grafik, ia dilengkapi dengan cip Mali-T760.

Meizu Pro 5 hadir dalam dua variasi, dimana hadir menggunakan memori 3GB RAM dan juga 4GB RAM. Untuk ruangan storan, Meizu Pro 5 menggunakan storan berasaskan UFS 2.0. Ini menawarkan penggunaan dan akses ke data dengan lebih pantas berbanding peranti lain. Seperti ramai sedia maklum, selain daripada peranti Samsung, Meizu antara yang terawal menggunakannya.

Namun, berbeza dengan telefon pintar Samsung, Meizu menawarkan kebolehan untuk pengguna menambah storan mereka melalui penggunaan kad mikro-SD. Meizu Pro 5 merupakan telefon pintar dwi-SIM Nano dengan rangkaian 4G LTE – dimana SIM kedua berfungsi sebagai SIM hibrid, membolehkan pengguna menggunakan SIM kedua ataupun mikro-SD.

Dengan pelbagai spesifikasi tinggi, Meizu juga turut tidak ingin ketinggalan dalam menyertakan penggunaan port USB terkini yang menjadi fokus ramai pengeluar akhir-akhir ini. Meizu Pro 5 hadir menggunakan USB Type-C.

Menggunakan kabel ini, pengguna boleh menghubungkan kabel ke peranti dalam sebarang arah – tidak seperti pada port USB sebelum ini. Meizu sendiri menyertakan kabel USB ke USB Type-C dengan pembelian peranti ini.

Melengkapkan Meizu Pro 5 juga adalah sokongan pengecasan pantas mCharge 2.0, dimana pengguna boleh mengecas sehingga 65% dalam masa 30 minit.

Meizu melengkapkan telefon pintar Meizu Pro 5 ini dengan kamera belakang dengan sensor IMX230 daripada Sony. Meizu menekankan yang mana kamera belakang ini menawarkan rakaman yang sangat pantas – apatah lagi dengan dilengkapi dengan sokongan Laser-Autofokus.

Kamera belakang ini juga turut menyokong rakaman video dalam resolusi 4K.

Daripada percubaan kami, beberapa gambar yang dirakamkan hadir sedikit malap, dan ada yang menawarkan rakaman yang baik. Menurut pihak Meizu, perisian yang digunakan pada peranti yang digunakan kami masih bukan versi akhir – malah peranti Meizu Pro 5 kami sendiri dilabelkan dengan tanda Sample.

FlymeOS Dengan Penggunaan Tanpa Butang Back

Pada telefon pintar keluaran Meizu, mereka menggunakan sistem operasi Android dengan pengubah-suaian tersendiri dinamakan sebagai FlymeOS. Meizu Pro 5 hadir menggunakan Flyme 4.5, tetapi ia akan menerima kemaskini kepada Flyme 5.0 pada bulan November kelak.

Flyme membawakan rekaan antaramuka yang sangat kemas, malah kami sendiri amat tertarik dengannya. Namun, salah satu cabaran pada peringkat awal penggunaan adalah ketiadaan butang Back pada peranti Meizu ini.

Untuk ke belakang daripada satu aplikasi ke yang sebelumnya, Meizu menggunakan butang Home, dimana pengguna hanya perlu tap sekali, dan ia akan berfungsi sebagai butang Back. Meizu memanggil sokongan ini sebagai mBack. Butang Home ini juga turut mengintegrasikan fungsi pengimbas cap jari yang boleh digunakan untuk mengakses peranti – dan turut menggunakannya untuk pembayaran di China.

Penggunaan Flyme juga turut mengintegrasikan beberapa fungsi gesture, termasuk penggunaan dwi-tap untuk mengaktifkan skrin.

Untuk mengakses halaman aplikasi yang dibuka pula, pengguna perlu swipe daripada bawah skrin sedikit ke atas, dan ia akan memaparkan ikon-ikon yang sedang berjalan di latar.

Telefon pintar Meizu Pro 5 ini boleh dikatakan membawakan rekaan yang menarik, serta sistem operasi yang sangat kemas dan mudah digunakan. Pada awalnya, ia agak janggal untuk menggunakannya tanpa butang Back, tetapi selepas seketika pengguna boleh serasi dengan sistem operasi berkenaan dan menggunakannya tanpa masalah.

Meizu Pro 5 ini akan hadir ke pasaran Malaysia pada bulan November ini, dan kami berharap ketika ia dipasarkan di Malaysia, ia hadir dengan sistem operasi Flyme 5.0 yang telah mengatasi beberapa masalah ketika rakaman gambar.


Spesifikasi MEIZU PRO 5 : 
5.7" 1080p AMOLED display of 386ppi
Heavily customized Flyme OS 4.5.4.1 on top of Android 5.1.1 Lollipop, Flyme 5.0 update should be around the corner
Samsung Exynos 7420: octa-core processor with 4x 2.1GHz Cortex-A57 and 4x 1.5GHz Cortex -A53, Mali-T760MP8 GPU, 3GB or 4GB of RAM
21MP Sony Exmor RS IMX230 camera sensor with two-tone LED flash, 2160p video recording @30fps
5MP front-facing camera with 1080p@30fps video recording
32GB or 64GB of built-in storage; expandable via a microSD slot
Cat. 6 LTE (300/50Mbps); Dual SIM; Wi-Fi a/b/g/n/ac; Bluetooth 4.1; GPS/GLONASS/Beidou; USB Type-C port, USB On-The-Go
mTouch Home button with a fingerprint scanner
Active noise cancellation via a dedicated mic
3,050mAh battery with 24W mCharge 2.0 (Up to 65% battery capacity in 30min)

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.