GANGGUAN APLIKASI WHATSAPP DI EROPAH CETUS PANIK?


Perkhidmatan pesanan yang dimiliki oleh Facebook Inc, WhatsApp dilapor mengalami gangguan rangkaian di beberapa bahagian Eropah untuk tempoh yang singkat pada 31 Disember (waktu tempatan).

Aplikasi perkhidmatan pesanan yang dimiliki oleh Facebook Inc, WhatsApp dilapor mengalami gangguan rangkaian di beberapa bahagian Eropah pada malam sambutan ambang tahun baharu 2016.

Gangguan singkat ini menyebabkan pengguna WhatsApp di benua itu berkomunikasi dan gagal menghantar serta menerima mesej pada malam 31 Disember.

Menurut laman DownDetector, gangguan itu dialami di beberapa kawasan terutamanya di United Kingdom dan Eropah Barat.

"Kami telah memulihkan kembali perkhidmatan 100 peratus kepada semua pengguna dan kami memohon maaf atas kesulitan tersebut," kata seorang jurucakap WhatsApp kepada Reuters.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan punca gangguan, yang bermula kira-kira jam 4.30 petang pada Khamis.

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.