Perkembangan dunia telefon pintar masa kini begitu pesat sehinggakan setiap jenama mula menonjolkan identiti tertentu untuk produk mereka.

Biarpun memiliki platform yang hampir sama, namun ciri-ciri khas seperti kelebihan kamera, kelajuan pemproses, kadar simpanan yang tinggi sehinggalah kepada kepelbagaian kegunaan.

Huawei antara pengeluar produk elektronik terutamanya telefon pintar juga tidak ketinggalan menghasilkan gajet ikonik mereka tersendiri.

Dikenali sebagai Huawei Nexus 6P merupakan phablet menggunakan platform Android bersama paparan seluas 5.7 inci.

Berbanding model terdahulu Nexus 6, Nexus 6P diperkenalkan dengan tanda ‘P’ sebagai singkatan Premium bersama kerangka badan daripada aluminium bagi menyaingi telefon pintar terkemuka Samsung Galaxy Note 5 dan iPhone 6S Plus.

Malah, kelihatan lebih besar dan tampak lebih bergaya berbanding model sebelumnya, Nexus 5X.

Menawarkan skrin daripada WQHD Amoled beserta kejelasan 518 piksel setiap inci menjadikan paparan lebih terang jelas.

Nexus 6P juga turut didatangkan bersama pemproses Octa-core Qualcomm® Snapdragon 810 v2.1 menjadikannya sebuah gajet yang lebih pantas berbanding versi sebelumnya.

Pengguna telefon pintar sering kali dibelenggu dengan masalah kuasa bateri yang mudah kehabisan kerana melayari laman web serta media sosial yang berterusan.

Kini tidak lagi bersama Nexus 6P kerana menerusi bateri 3450mAhnya mampu bertahan lebih lama di samping penggunaan USB Type-C yang boleh diterbalikkan untuk mengecas semula dengan lebih pantas.

Sebagai sebuah telefon pintar yang memiliki palbagai aplikasi menarik, tidak lengkap sekiranya gajet tersebut tidak memiliki kamera yang terbaik.

Nexus 6P dilengkapi lensa 12.3 megapiksel juga merupakan kamera pelbagai guna terbaik buat sirinya.

Sebutkan sahaja suasananya rakaman yang akan dilakukan, cahaya terang, pudar, suram, diluar mahupun dalam ruang tertutup, kadar piksel 1.55μm bakal memeranjatkan anda.

Ditambah bersama aplikasi Google Camera anda tidak akan terlepas lagi detik-detik berharga di dalam hidup.

Kelebihan Google Photos memudahkan anda menyimpan dan mencari semula gambar-gambar yang telah dirakam dengan mudah dan pantas.

Keselamatan hanya dengan sentuhan hujung jari, itu antara keunikan terbaharu Nexus 6P dengan kelebihan penderia cap jari yang pantas dan lebih selamat.

Anda juga hanya memerlukan satu sentuhan sahaja untuk mendapatkan aplikasi kegemaran, menyemak e-mel dan foto di mana jua anda berada.

Lebih mengujakan, anda juga boleh melaksanakan bayaran semudah satu sentuhan bersama aplikasi Android Pay.

Menggunakan platform Android 6.0 Marshmallow terbaharu, perisian tersebut lebih mudah untuk dinaik taraf sebilang masa anda perlukan menjadikan pemiliknya sentiasa terkehadapan dalam penggunan aplikasi terkini.

Antara kelebihan menarik adalah anda juga bakal memiliki segala aplikasi Google yang terbaik di genggaman, bermula dengan peta, Chrome, Google Play, YouTube, Photos, Gmail dan pelbagai lagi.

Nexus 6P kini belum berada di pasaran namun buat mereka yang berminat anda kini sudah boleh menempahnya menerusi Lazada Malaysia atau terus berhubung dengan pihak Huawei menerusi laman web mereka di consumer.huawei.com/my.

Spesifikasi
Huawei Nexus 6P
Saiz: 159.3 x 77.8 x 7.3 milimeter (mm).
Berat: 178 gram (g.)
Paparan: 5.7 inci, WQHD (2560 x 1440) AMOLED, Corning®
Gorilla® Glass 4.
Pemproses: Qualcomm® Snapdragon 810 v2.1, 2.0 GHz
octa-core 64-bit, Adreno 430 GPU.
Sistem operasi: Android 6.0 Marshmallow.
Memori: 3GB RAM + 32/64/128GB ROM.
Sambungan:
l WiFi 802.11 ac/a/b/g/n.
l Bluetooth 4.2.
l USB2.0 kelajuan tinggi.
l USB Type-C.
Kamera:
l 12.3MP - belakang (1.55µm).
l 8MP - depan (1.4µm).
Bateri: 3450mAh.
Harga: RM 2 698.

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.