LENOVO VIBE S1 UNTUK KAKI SELFIE?


Salah sebuah syarikat telefon pintar yang pantas meningkat naik iaitu Lenovo baru-baru ini telah memperkenalkan secara rasmi model telefon terbaharu mereka iaitu Lenovo Vibe S1.

Apa yang menjadi tarikan utama telefon pintar ini ialah apabila memiliki dua kamera hadapan yang pasti cukup digemari oleh kaki selfie dan membolehkan mereka menjadi lebih kreatif ketika mengambil gambar.

Menurut Ketua Telefon Pintar Lenovo Malaysia, Foo Mun Yee, pada masa ini, selfie telah memainkan peranan yang besar dalam kehidupan setiap pengguna telefon pintar kerana mereka mahu merakam detik-detik berharga tidak kira secara bersendirian atau bersama keluarga dan rakan-rakan.

“Pengguna mahu berkongsi selfie terbaik mereka di media sosial dan mengharapkan lebih daripada sekadar gambar yang cantik. Jadi kami telah mendengar kehendak pelanggan kami dan telefon ini direka untuk disesuaikan dengan keperluan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini.

Kamera hadapan bersaiz 8MP dan 2MP tersebut membolehkannya menganalisis gambar dengan lebih mendalam dan secara tidak langsung mereplikasikan penglihatan seperti binokular.

Apabila dilengkapi dengan ciri istimewa pada kamera, sudah pasti peranti ini turut didatangkan bersama aplikasi untuk mengedit gambar, penapisan dan terbaharu, ciri ‘cut-out’ yang membolehkan pengguna memotong gambar selfie seseorang dan menampalnya pada gambar lain.

Ditawarkan pada harga RM1,299, telefon pintar ini didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu putih dan biru.

SPESIFIKASI LENOVO VIBE S1
Pemprosesan: MT6752 64-bit 1.7 GHz Octa-Core
Sistem operasi: Android 5.0 Lollipop
Kamera: 13MP serta 8MP, 2MP (depan)
Paparan: 5 inci IPS
Ketebalan: 7.8mm
Berat: 132g
RAM: 3GB
Storan: 32GB,
slot kad mikroSD
Bateri: 2420mAh
Harga: RM1,299.

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.