GMAIL DAN WHATSAPP CATAT REKOD LEBIH 1 BILION PENGGUNA SETIAP BULAN


Aplikasi WhatsApp milik Facebook dan Gmail oleh Google merekodkan lebih satu bilion pengguna aktif setiap bulan.

Menurut portal Mashable, pencapaian Gmail diumumkan sewaktu keputusan kewangan suku keempat Alphabet, diikuti WhatsApp beberapa minit selepas itu.

Kejayaan dua perkhidmatan itu memperoleh satu bilion pengguna dengan pantas turut memperlihatkan persaingan yang sengit dalam kalangan syarikat teknologi.

Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg memuji kepimpinan Pengasas WhatsApp, Jan Koum dan Brian Acton serta memberi petunjuk untuk terus berkembang pada masa akan datang.

“Kami akan berusaha untuk menyambungkan lebih ramai orang di seluruh dunia dan mempermudahkan ahli-ahli perniagaan berkomunikasi.

“Terdapat hanya beberapa perkhidmatan yang menghubungkan lebih satu bilion orang. Kejayaan ini adalah satu langkah penting ke arah menghubungkan seluruh dunia,” katanya.

Perkhidmatan Facebook juga memiliki lebih satu bilion pengguna sementara pengguna Facebook Messenger hampir mencecah satu bilion.

Meskipun Gmail yang dilancarkan pada 2004 mengambil masa agak lama untuk mencatatkan satu bilion pengguna, produk Google yang lain sudah memiliki lebih satu bilion pengguna, antaranya Android, Chrome, YouTube, Maps, Search dan Google Play.

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.