GENERASI TERBARU SAMSUNG A SERIES


Samsung Malaysia Electronics baru-baru ini melancarkan model baharu Galaxy A Series yang terdiri daripada Galaxy A3, Galaxy A5 dan Galaxy A7 selepas kejayaan versi terdahulu siri berkenaan.

Galaxy A Series pertama kali dilancarkan ke pasaran pada akhir tahun 2014 dan pengenalan model tersebut bersama-sama rangkaian J Series telah berjaya meningkatkan penguasaan pasaran bagi peranti 4G Samsung.

Menurut syarikat tersebut, penguasaan pasarannya dalam segmen peranti 4G meningkat daripada 25.9 peratus pada Disember 2014 kepada 60.6 peratus pada Disember tahun lalu.

Sama seperti model Galaxy S6, Galaxy A7 (2016) mengambil reka bentuk yang sama dan menampilkan bingkai logam yang memberikan rasa tahan lasak, manakala bahagian belakang telefon menampilkan permukaan Gorilla Glass.

Walaupun penggunaan kaca di bahagian belakang, telefon bersaiz 5.5 inci tersebut tidak mudah tergelincir daripada tapak tangan dan senang dikendalikan biarpun menggunakan sebelah tangan.

Panel hadapan Galaxy A7 (2016) di dominasi skrin paparan dengan logo Samsung di atasnya dan butang ‘home’ di bawahnya dilengkapi dengan ciri keselamatan pembaca cap jari yang boleh dianggap sebagai satu daripada penambahan yang paling besar kepada model Galaxy A Series (2016)
Galaxy A7 (2016) dikuasakan oleh prosesor Octa-Core 1.6GHz dengan RAM bersaiz 3 gigabait (GB) dan memori 10.8GB serta menyokong memori tambahan menggunakan MicroSD sehingga 128GB.

Telefon pintar terbaharu itu menampilkan skrin paparan berdefinisi tinggi penuh (HD) Super Amoled bersaiz 5.5 inci dan dilengkapi dengan kamera belakang 13 megapiksel dengan flash LED dan penstabil imej optik (OIS) serta kamera depan 5 megapiksel.

Imej yang dirakam Galaxy A7 (2016) dalam pencahayaan normal menunjukkan warna yang sangat terang, malah imej sama dirakam dalam keadaan kurang cahaya juga kelihatan baik tanpa sebarang bising yang ketara.

Rakaman selfie menggunakan kamera hadapan juga ternyata hebat. Tidak hairanlah model ini disebut-sebut sebagai sebuah telefon selfie kerana ia turut menampilkan tiga mod Wide Selfie, Palm Selfie dan Beautifying Effects khusus bagi penggemarnya.

Samsung Galaxy A7 (2016) ditawarkan dalam warna hitam, emas, putih dan merah jambu keemasan dan dijual pada harga RM1,899.

Secara keseluruhan Samsung Galaxy A7 (2016) merupakan telefon yang praktikal dengan ciri inovasi mantap sesuai dengan gaya hidup masa kini.

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.