IPHONE SE KINI DALAM PASARAN?


Setelah hampir dua bulan iPhone SE dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tim Cook pada Mac lalu, kini sampai masanya telefon pintar itu menjengah pasaran tempatan bermula bulan Mei ini.

Berita itu diumumkan Switch menerusi laman Facebook mereka baru-baru ini. Switch merupakan pengedar utama barangan Apple di Malaysia.

iPhone SE merupakan telefon pintar keluaran terbaharu Apple atau boleh diperkatakan sebagai `mini iPhone 6s’ kerana mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Hanya saiz yang berbeza.

Ia dikeluarkan dengan dua model sahaja iaitu 16GB dan juga 64GB dengan empat pilihan warna termasuklah warna terbaharu Rose Gold yang mempunyai rekaan sama seperti iPhone 5S.

Disebabkan perkara itu ia dikritik hebat oleh peminat Apple di laman sosial mahupun blog riviu lain yang menyatakan bahawa Apple sudah tiada idea menghasilkan telefon yang lebih baik selepas ketiadaan pengasas syarikat itu, Steve Jobs.

Penyusutan permintaan dan penjualan iPhone di seluruh dunia dikatakan sebab Apple mengeluarkan model ini. Harga iPhone 6 dan iPhone 6s yang agak mahal menjejas jualan iPhone.

Penyebaran berita itu menyebabkan peniaga menurunkan harga iPhone 5S sehingga RM1,299 berbanding RM1,999 sebelum ini.

Ia bagaikan harga penghabisan stok buat peminat Apple yang mahu mendapatkan iPhone dengan harga lebih murah selain bagi membolehkan iPhone SE di jual di pasaran tempatan.

Bagi peminat Apple lebih-lebih lagi iPhone ini adalah masa yang sesuai untuk mendapatkan iPhone 5S dengan harga termurah serta menunggu ketibaan iPhone terbaharu mereka di pasaran pada Jumaat depan.

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.