TELEFON PINTAR WIKO MOBILE UFEEL BOLEH SCAN CAP JARI?


Bagi peminat teknologi terkini, pastinya tidak sabar menunggu kemunculan tiga produk terbaharu Wiko Mobile iaitu UFEEL, UFEEL Lite dan Robby. Jenama itu menawarkan telefon berciri teknologi kesan cap jari, reka bentuk logam menarik dan bateri lebih tahan lama yang pasti menarik pencinta gajet terkini.

Ketiga-tiga telefon pintar itu mempunyai ciri eksklusif iaitu sistem kamera terpantas, mempunyai 5 megapixels hadapan, mengandungi pancaran flash bagi kamera selfie untuk lampu rendah termasuk 1.3Hz Quod Core processor, 3GB RAM dan 4G Lite, selain muat turun sesuatu dokumen.

UFEEL memberi kebebasan kepada pengguna mengakses dengan skrin paparan IPS HD berukuran 5.0-inci , pemproses MediaTek MT6735, 3GB RAM , 16GB memori simpanan dalaman, kamera utama 13MP, kamera selfie 5MP , bateri berkapasiti 2500mAh dan sistem operasi Android Marshmallow.

UFEEL Lite pula menampilkan gabungan bahan logam di depan dan belakang, hadir dengan IPS berukuran 5.0-inci, pemproses MediaTek MT6735,2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman, kamera utama 8MP, kamera selfie 5MP , bateri berkapasiti 2500mAh dan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow.

Wiko Robby hadir dengan skrin paparan IPS HD 5.5-inci, pemproses quad-core 1.3GHz, sistem operasi Android 6.0 , kamera utama 8MP , kamera selfie 5MP, 1GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman, slot microSD , bateri berkapasiti 2500mAh dan sokongan dwi-SIM.

Bagi peminat selfie, kesemua model terbaharu keluaran Wiko Mobile itu mampu memberi kepuasan kepada mereka menerusi selfie secara sudut yang lebar gambar dan video menggunakan Dual View mode yang akan dinaiktaraf pada penghujung Jun 2016.

Pengarah Perniagaan dan Pembangunan Wiko Mobile, Ken Ang berkata, telefon pintar tersebut telah mula menembusi pasaran Malaysia dan dilihat lebih pintar berbanding telefon pintar lain dengan fungsi telefon canggih pada harga amat berpatutan.

“Sejak Januari 2016, kami memastikan telefon pintar yang dikeluarkan ini boleh dibeli pada harga mampu milik.

“Gajet terbaharu ini mempunyai lima inci HD Display, kelajuan LTE-4G merangkumi metalik premium, manakala, Robby yang bersaiz phablet turut dilengkapi pembesar suara dengan sistem yang berkesan,” katanya.

Wiko UFEEL, UFEEL Lite dan Robby boleh didapati di Malaysia melalui pengedar berdaftar pada harga RM699, RM569 dan RM449.

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.