MICROSOFT LANCAR KONSOL KOMPAK TERBARU MEREKA


Microsoft Corp. melancarkan konsol Xbox baharu, ‘Projek Scorpio’ yang menyokong permainan resolusi tinggi dan realiti maya serta versi kompak konsol Xbox One.

Projek Scorpio yang mempunyai keupayaan untuk kuasa pengalaman realiti maya dan permainan 4K, dijangka boleh didapati pada musim cuti tahun depan.

Microsoft berkata, konsol berkenaan boleh digunakan bersama permainan dan aksesori Xbox One. Bagaimanapun, harga bagi gajet baharu itu tidak diumumkan.

Sementara itu, Sony Corp. berkata, pihaknya juga akan melancarkan fon kepala realiti maya bagi PlayStation di Amerika Syarikat (AS) pertengahan Oktober ini.

“Kami akan menambah beberapa siri bagi konsol PlayStation termasuk Marvel’s Spider-Man, God of War dan Call of Duty: Infinite Warfare,” katanya di sini hari ini.

Microsoft sebelum ini melancarkan usaha sama dengan Oculus Rift yang membolehkan permainan Xbox One dimainkan di platform realiti maya Oculus.

Sementara itu, konsol baharu Xbox One S meru-
pakan versi kemas kini Xbox One yang dilancarkan pada 2013, akan membawakan ciri-ciri seperti sokongan pelayaran video 4K dengan kandungan resolusi definisi tinggi.

“Xbox One S akan berada di pasaran pada Ogos dan dijual pada harga AS$299 (RM1,222),” jelasnya.
Microsoft turut memperkenalkan versi Xbox Play Anywhere yang membolehkan permainan video dibeli dan dimainkan di komputer peribadi Windows 10 dan konsol Xbox One.

Tiada ulasan:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
InfoGajetMalaysia. Dikuasakan oleh Blogger.